Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ra.ju] | تراجو

Definisi : 1. sj alat penimbang yg memakai dua buah piring yg digantungkan pd lengannya, neraca; 2. tali utk merentangkan (meregang­kan) khemah, tali (rantai) utk menggantung lampu dll; 3. tali yg diikatkan pd rangka layang-layang (dr atas ke bawah); 4. ki kuasa tertinggi, pucuk pimpinan; ~ pemerintahan kuasa yg tertinggi dlm pemerintahan; ~ pimpinan pucuk pimpinan (pimpinan yg tertinggi); ~ palingan tali, manusia palingan Tuhan prb perihal hati yg cenderung kpd kebaikan; ~ yg tak palingan prb hukuman yg adil (saksama); menerajui memegang teraju pimpinan, me- memimpin, mengetuai, mengendalikan: usia yg semuda itu dirasakan belum cukup utk ~ sebuah organisasi yg besar dan penting; empat orang yg telah ~ pimpinan pentad­biran Malaysia selama ini adalah orang-orang yg ~ pimpinan Barisan Nasional; peneraju orang yg memegang teraju pim-pinan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ra.ju] | تراجو

Definisi : 1 alat utk menimbang yg ter­­diri drpd dua biji piring yg digantungkan pd lengannya; neraca. 2 tali utk meng­gantung lampu; tali utk merentangkan khemah supaya tidak roboh dll. 3 tali atau benang yg diikatkan pd rangka layang-layang. 4 ki orang yg penting atau yg utama; ketua (pemimpin) se­suatu badan, pertubuhan dsb; yg tertinggi (ttg kuasa, pemerintahan dll). menerajui 1 memegang teraju sbg pemimpin; mengetuai: Beliau dilantik utk ~ bahagian yg baru dibentuk itu. 2 mendahului yg lain dlm pembangunan, sesuatu rekaan dsb: Syarikat tempatan ~ penciptaan mesin utk memudahkan hasil tanaman itu di­tuai. penerajuan perbuatan atau hal menerajui. peneraju orang atau pihak yg menerajui. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teraju (kata nama)
Bersinonim dengan kuasa tertinggi, pucuk pimpinan, kemudi;,
Kata Terbitan : menerajui,

Peribahasa

Bagai wau putus teraju.

Bermaksud :

Tinggal berserah kepada nasib saja, daya upaya sudah tiada lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Laksana layang-layang putus teraju, b. Layang-layang putus talinya).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
WAU

WAU, alat permainan yang boleh diterbangkan ke udara dengan menggunakan tali.  Wau diperbuat daripada kertas atau gentian kain dan buluh.  Bentuknya adalah berkepala, bersayap, berekor dan bertali teraju.  Wau terdapat dalam pelbagai bentuk dan nama. Antaranya termasuklah wau bulan, wau kekek, wau tukong, wau daun, wau kucing, wau merak, wau payang dan wau sewah.  Wau bulan merupakan wau yang paling terkenal dan disukai ramai. Di Johor, Negeri Sembilan dan Selangor, ia lebih dikenali dengan nama layang-layang. Wau yang dimainkan di setiap negeri adalah berbeza, seperti wau helang di Perlis, wau kapal di Selangor, wau pungguk di Terengganu, wau kekek di Johor dan Sabah, wau bawal di Melaka, wau daun atau wau barat di Kelantan, wau bugis di Johor dan wau merak di Negeri Sembilan.

BUDAYAPermainan/Sukan/Rekreasi

Kembali ke atas