Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ram.pai]/[ter.am.pai] | ترامڤاي

Definisi : 1. tergantung spt di ampaian, tersidai; 2. tersampir; 3. tersandar(kan); 4. tidak mendap, terapung; ~ jemur Mn waktu pagi kira-kira pukul lapan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ram.pai]/[ter.am.pai] | ترامڤاي

Definisi : tidak mengenap dan tidak timbul (bkn zarah pepejal dlm cecair). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terampai


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENDULUM

Peranti yang terdiri daripada satu objek terampai dari satu titik tetap yang berayun ke belakang dan ke hadapan pada kadar biasa di bawah pengaruh graviti.

FIZIKAlat/Alatan
PLANKTON

Plankton ialah longgokan organisma halus yang

terampai pada atau berhampiran permukaan lautan,

tasik, dan kawasan berair lain. Perkataan plankton

berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud

pengembaraan . Sebahagian organisma plankton

boleh berenang, tetapi tidak cukup kuat untuk

mengelak daripada dibawa arus.

UMUM 
ASAP

Asap terdiri daripada zarah pepejal dan cecair

yang terbahagi kepada bahagian-bahagian kecil

yang terampai di dalam gas. Asap terbentuk

terutamanya daripada zarah karbon yang terhasil

daripada pembakaran bahan api. Asap boleh

membahayakan paru-paru. Asap juga

menghitamkan bangunan, menghakis logam, dan

merosakkan tumbuhan. Semua ini mengakibatkan

kerugian ekonomi yang besar. Asap mempunyai

sedikit kegunaan. Ini termasuklah mengawet

daging, menghasilkan isyarat tentera berwarna,

dan melindungi dusun daripada kesan fros.

UMUM 
SELOM

Selom ialah rongga badan yang terdapat pada

vertebrata dan invertebrata peringkat lebih tinggi.

Organ dalaman yang lembut, seperti hati, ginjal dan

perut, terampai dalam selom.

UMUM 

Kembali ke atas