TERAPI PERTUTURAN | Terapi pertuturan ialah rawatan masalah dan gangguan pertuturan. Pakar dalam profesion terapi pertuturan berusaha untuk membantu kanak-kanak dan orang dewasa yang pertuturannya mengganggu komunikasi, menuntut perhatian, dan mengecewakan kedua-dua penutur dan pendengar. Pakar ini, yang dikenali sebagai ahli terapi pertuturan, menilai dan membetulkan pertuturan cacat dan mengajar kemahiran bertutur yang baru. Bidang terapi pertuturan sering dinamakan patologi pertuturan, dan ahli terapi pertuturan kadangkala dikenali juga sebagai ahli patologi pertuturan bahasa, atau klinisian pertuturan. | UMUM | |
TERAPI KELATION | Terapi kelation ialah rawatan perubatan yang melibatkan penggunaan ubat untuk menghilangkan ion logam daripada badan. Ubat jenis chelate (bersebati kuat) dengan ion logam menjadikannya bahan terlarut yang dikeluarkan melalui air kencing. Penggunaan terapi kelation yang paling terkenal adalah di dalam merawat arteriosklerosis (pengerasan arteri). Walaupun begitu, penggunaan terapi kelation ini menjadi isu yang amat kontroversi. Terapi kelation terbukti berkesan dalam merawat beberapa keadaan agak luar biasa, termasuk keracunan oleh logam seperti raksa dan plumbum. | UMUM | |
TERAPI PEKERJAAN | Terapi pekerjaan ialah penggunaan aktiviti amali untuk merawat kecacatan fizikal dan mental. Doktor sering mempreskripsikan jenis rawatan ini bagi orang yang mengalami kecederaan, penyakit, masalah emosi, atau penuaan. Terapi pekerjaan menumpukan perhatian, terutamanya dalam membantu pesakit membina kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan tugas khusus. | UMUM | |
TERAPI GEN | Terapi gen ialah satu teknik untuk merawat penyakit dengan membekalkan gen (unit baka) normal kepada sel badan pesakit untuk menggantikan gen yang rosak atau tiada. Teknik tersebut membolehkan doktor memperbaiki kerosakan di dalam sel pesakit atau mengarahkan sel melaksanakan fungsi yang baru. | UMUM | |
PSIKOTERAPI | Psikoterapi ialah sebarang rawatan gangguan mental atau gangguan emosi dengan maksud psikologikal. Kebiasaannya psikoterapi adalah berasaskan pada perbincangan antara ahli terapi dengan seorang ataupun lebih pesakit. | UMUM | |
PEMVULKANAN PRODUK | Industri penghasilan ubatan moden dan tradisional atau lebih dikenali sebagai industri produk farmaseutik. Produk farmaseutik boleh dihasilkan secara proses biologi atau proses kimia. Produk industri farmaseutik digunakan secara meluas dalam bidang perubatan untuk rawatan terapi dan juga dalam kerja-kerja diagnostik. Penghasilan produk dalam industri farmaseutik biasanya melibatkan empat proses yang utama, iaitu proses penghasilan, penulenan produk, dan kawalan mutu produk serta pembungkusan dan pemasaran. | KEJURUTERAAN | Proses/Tindak Balas |
ANALISIS KIMIA | Industri penghasilan ubatan moden dan tradisional atau lebih dikenali sebagai industri produk farmaseutik. Produk farmaseutik boleh dihasilkan secara proses biologi atau proses kimia. Produk industri farmaseutik digunakan secara meluas dalam bidang perubatan untuk rawatan terapi dan juga dalam kerja-kerja diagnostik. Penghasilan produk dalam industri farmaseutik biasanya melibatkan empat proses yang utama, iaitu proses penghasilan, penulenan produk, dan kawalan mutu produk serta pembungkusan dan pemasaran. | KEJURUTERAAN | Konsep |
OPTOMETRI | Optometri ialah profesion yang berkaitan dengan penjagaan penglihatan. Ahli optometri memeriksa kesihatan mata dan penglihatan. Mereka mendiagnosis masalah penglihatan yang menjejaskan keupayaan seseorang untuk melihat objek yang dekat dan jauh dengan jelas dan untuk mengagak jarak. Mereka juga menguji keupayaan mata untuk bekerja bersama dan untuk mengubah fokus dengan mudah. Ahli optometri mempreskripsikan kaca mata dan kanta sentuh untuk membetulkan penglihatan yang rosak. Mereka juga boleh mengesyorkan program terapi penglihatan untuk membantu seseorang mengatasi masalah penglihatan tertentu. Jika ahli optometri mendiagnosis gejala yang menunjukkan penyakit pada mata atau mana-mana bahagian badan yang lain, orang berkenaan dirujuk kepada doktor. | UMUM | |