JEREBU | Jerebu merupakan kabut yang terjadi disebabkan asap, debu dan habuk yang terapung-apung di udara melekat pada wap air. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
BURUNG LOON | Burung loon ialah sejenis burung air yang berbadan menarik untuk berenang dan menyelam. Burung loon mempunyai ekor yang pendek dan kaki berselaput kulit, dan kelihatan seperti itik besar ketika terapung-apung di atas air. | UMUM | |
RUMPAI LAUT | Rumpai laut ialah nama bagi mana-mana organisma laut bak tumbuhan yang cukup besar untuk dilihat dengan mata kasar. Rumpai laut boleh didapati tumbuh di dasar laut, terapung-apung di permukaan laut, melekat pada batu-batan dan jeti, dan terdampar di pantai. | UMUM | Umum |