Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ra.wang] | تراوڠ

Definisi : tenunan atau tekat yg berlubang-lubang, kerawang; berterawang 1. berlubang-lubang, bertem­buk-tembuk; 2. berkerawang; menerawang 1. membuat lubang-lubang kecil pd (kain dll), melubangi, menembuk, menembus; 2. membuat kerawang (pd baju dll), mengerawang: kain putih yg diterawang dgn bunga yg indah-indah; 3. termenung-menung memikirkan (mengangan-angankan) sesuatu, melayang jauh (fikirannya), meng­khayal: tertidur juga dia setelah beberapa lama ~ di gelap malam itu; kenangannya ~ ke masa yg lampau; 4. ki memandang jauh-jauh (tanpa tujuan tertentu), memandang kosong: berjam-jam lamanya aku ~ langit dr jendela melihat burung-burung; ~ khayal memikirkan yg bukan-bukan, melamun; ~ langit (udara) = ~ langit mengu­kir jagat mengangan-angankan yg bukan-bukan, menggantang asap; penerawang orang yg suka menerawang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ra.wang] | تراوڠ

Definisi : ukiran atau sulaman yg berlubang-lubang (spt yg terdapat pd rumah zaman dahulu); kerawang. berterawang 1 dihiasi ukiran atau sulaman; berkerawang. 2 berlubang-lubang; bertembuk-tembuk. mene­rawang 1 membuat terawang pd baju dll; mengerawang. 2 membuat lubang kecil-kecil pd baju sbg perhiasan dll. 3 memikir-memikirkan atau mengangan-angankan sesuatu; melayang jauh (fikirannya): Dia ber­khayal dan fikirannya ~ entah ke mana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terawang (kata nama)
Bersinonim dengan kerawang, tenunan, sulaman, tekatan;,
Kata Terbitan : berterawang, menerawang, penerawangan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
THOMPSON, FRANCIS

Thompson, Francis (1859–1907) ialah penyair

Inggeris. Dia menghasilkan puisi penuh emosi

yang menggambarkan kepercayaannya yang

mendalam terhadap Roman Katolik. “ The Hound of

Heaven ” (1893) ialah karyanya yang paling terkenal.

Puisi tersebut menggambarkan Jesus Christ

sebagai pemburu yang baik hati yang mendalami

dan akhirnya menghayati jiwa penyair yang

terawang-awang.

UMUM 
KUNANG-KUNANG

Kunang-kunang ialah mana-mana anggota

daripada satu famili khusus kumbang berbadan

lembut yang terkenal kerana mengeluarkan

cahaya berkerlipan. Terdapat kira-kira 1900

spesies (jenis) kunang-kunang. Anggota famili

kunang-kunang hidup di semua benua kecuali di

Antartika. Banyak spesies kunang-kunang aktif pada

waktu awal malam, apabila ia boleh dilihat terbang

terawang-awang dengan senyap di padang rumput

dan laman rumput, memancarkan cahaya kuning.

UMUM 

Kembali ke atas