SHUARD, AMY | Shuard, Amy (1924–1975), salah seorang soprano drama Inggeris yang terbaik. Lakonannya yang penuh penghayatan dan gabungan suaranya yang bertenaga dan lincah menjadikannya terkenal sebagai bintang opera. Kekuatan dramatiknya dapat dilihat dalam persembahannya yang terbaik dalam Turandot oleh Puccini. Dia tampil sebagai penyanyi utama dalam opera ini di Royal Opera House, Covent Garden pada tahun 1958. Amy Shuard lahir di London dan belajar muzik di Trinity College of Music. | UMUM | |
SMITH, BESSIE | Smith, Bessie (1894–1937) menjadi salah seorang daripada penyanyi blues yang terbaik dalam sejarah muzik jaz. Satu siri rakaman yang dibuatnya dari tahun 1923 hingga tahun 1933, adalah antara yang terbaik dalam jaz. Smith menggunakan kekuatan dan keindahan suaranya untuk lagu yang mudah. Louis Armstrong, Fletcher Henderson, Joe Smith, dan James P. Johnson adalah antara ahli muzik jaz yang bermain untuk rakaman piring hitamnya. | UMUM | |
STREEP, MERYL | Streep, Meryl (1949– ) ialah seniwati Amerika yang terkenal kerana kepekaannya dalam memaparkan pelbagai watak. Pada tahun 1979, Streep memenangi Academy Award sebagai pelakon pembantu terbaik dalam filem Kramer vs. Kramer dan anugerah pelakon terbaik dalam Sophie’s Choice pada tahun 1982. Pada tahun 1978, Streep memenangi Emmy Award kerana lakonannya dalam drama televisyen Holocaust. | UMUM | |
NEY, MICHEL | Ney, Michel (1769–1815), salah seorang askar terbaik Napoleon Bonaparte. Dia berkhidmat dengan cemerlang dalam kempen pada tahun 1792, apabila Tentera Perancis Utara mengalahkan orang Prussia dan orang Austria. Keberanian dan kemahiran ketenteraannya tidak lama selepas itu menjadikannya askar yang paling dikenali. Napoleon menjadikannya marsyal Perancis pada tahun 1804. Dia menerima gelaran Duke of Elchingen kerana mengalahkan orang Austria di Elchingen pada tahun 1805. | UMUM | |
SEDGMAN, FRANK | Sedgman, Frank (1927– ), salah seorang pemain tenis terbaik Australia. Dari tahun 1950 hingga tahun 1952, dia bermain sebanyak 19 kali untuk Australia dalam pertandingan Piala Davis dan hanya kalah dua kali. Pada tahun 1951, dia menjadi orang Australia yang pertama menjuarai acara perseorangan Amerika Syarikat. Pada tahun 1952, dia menjuarai acara perseorangan Amerika, Itali, dan Wimbledon. Francis Arthur Sedgman lahir di Melbourne. | UMUM | |
THORPE, JIM | Thorpe, Jim (1887–1953), atlet serba boleh terbaik dalam sejarah. Thorpe menjadi pemain bola sepak kolej dan profesional Amerika dan masyhur sebagai juara olahraga Olimpik. Dia juga bermain dalam liga-utama besbol Amerika. Dalam Sukan Olimpik tahun 1912, Thorpe muncul sebagai atlet pertama yang memenangi kedua-dua acara pentatlon dan dekatlon (lihat Olahraga [dekatlon, heptatlon dan pentatlon]). Tetapi lebih kurang sebulan kemudian, pingat tersebut ditarik balik. Kesatuan Olahraga Amatur memutuskan Thorpe seorang ahli sukan profesional dan tidak layak bertanding dalam Sukan Olimpik kerana dia didapati bermain besbol dengan bayaran yang rendah. Pada tahun 1982, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa mengembalikan pingat emas Thorpe dan memasukkan namanya dalam senarai juara Olimpik tahun 1912. | UMUM | |
MAHOGANI | Mahogani sering dikenali sebagai kayu kabinet yang terbaik di dunia kerana ia mempunyai kebanyakan sifat yang diperlukan untuk membuat perabot. Kayu ini kuat, cukup keras, dan tahan sebagai perabot, tetapi cukup mudah untuk digergaji atau diketam, dan diukir. Mahogani tidak mengecut, mengembang, atau meleding seperti kebanyakan kayu lain yang sama kerasnya. Kayunya mempunyai warna dan ira yang menarik, dan berkilat. | UMUM | |
MAKANAN SEJUK BEKU | Makanan sejuk beku. Penyejukbekuan ialah satu daripada cara yang terbaik untuk mengawet makanan. Syarikat pemproses makanan menyejukbekukan makanan seperti makanan panggang, jus oren, daging, piza, sayur-sayuran dan makanan pramasak lengkap. Ramai orang menyejukbekukan makanan di rumah. Penyejukbekuan mengawet makanan dengan mencegah pertumbuhan mikrob yang merosakkan makanan dan dengan melambatkan tindak balas kimia perosak makanan. Semua makanan sejuk beku hendaklah disimpan pada suhu –18°C atau di bawah suhu ini. | UMUM | |
ETNOSENTRISME | Etnosentrisme ialah kepercayaan yang menyatakan bahawa hanya budaya sendiri yang terbaik dan asli. | UMUM | |
MOORE, MARIANNE | Moore, Marianne (1887–1972), setaraf dengan Emily Dickinson di kalangan penyair wanita terbaik Amerika. Walaupun sesetengah puisinya sukar untuk difahami, Moore menggarap puisinya dengan baik sekali. Dia sering menggunakan bentuk puisi di mana bilangan dan susunan suku kata adalah elemen kawalan dan bukan mengikut pola irama atau rima bercorak konvensional. | UMUM | |