TAHUN CAHAYA | Tahun cahaya ialah satu unit yang digunakan oleh ahli astronomi untuk menerangkan jarak di antara bintang. Ia adalah jarak perjalanan dalam satu tahun oleh satu denyutan cahaya. Cahaya bergerak pada kelajuan 299 792 kilometer satu saat. Oleh itu, satu tahun cahaya adalah bersamaan 9.46 juta kilometer. Sebuah kapal terbang jet yang terbang pada kelajuan 800 kilometer satu jam perlu terbang selama 1.34 juta tahun supaya terbang dalam satu tahun cahaya. Jarak astronomi adalah tersangat luas hinggakan bintang yang paling hampir dengan bumi – selain dari matahari – ialah 4.3 tahun cahaya jauhnya. Lihat juga Bintang (Bintang di dalam alam semesta). | UMUM | |
SANTO DOMINGO | Santo Domingo (pend. 1 313 172) ialah ibu negara dan bandar terbesar di Republik Dominica. Ia terletak di muara Sungai Ozama di selatan pinggir laut. Untuk lokasi, lihat Republik Dominica (peta). Bandar ini merupakan pelabuhan laut dan lapangan terbang yang penting. Kilang-kilangnya menghasilkan keluaran gula, tekstil dan minuman beralkohol. Hotel tempat peranginan dan pantainya menjadikan Santo Domingo popular kepada pelancong. | UMUM | |
SAMARA | Samara (pend. 1 250 000) ialah pusat pembuatan yang utama di Rusia dan pelabuhan Sungai Volga (lihat Rusia [peta politik]). Sebuah telaga minyak yang besar dan ladang gandum yang subur terletak berhampiran Samara. Loji kuasa hidroelektrik Samara meliputi sebuah empangan di Sungai Volga. Keluaran pembuatannya termasuk kapal terbang, makanan dan lokomotif. Samara ditukar namanya kepada Kuybyshev pada tahun 1935, apabila Rusia menjadi sebuah republik dalam Kesatuan Soviet. Ia dinamakan semula sebagai Samara pada tahun 1991, tidak lama sebelum Republik Soviet menjadi negara merdeka. | UMUM | |
ACCRA | Accra (pend. 964 879; pend. kaw. met. 1 420 065) ialah ibu negara dan bandar raya terbesar bagi Ghana. Ia terletak di pantai utara Teluk Guinea (lihat Ghana [peta]). Kemudahan pengangkutan Accra termasuk kereta api dan lapangan terbang antarabangsa. Industrinya termasuk pengeluaran jubin dan batu bata, pemprosesan berlian dan kayu. University of Ghana terletak di Legon, sebuah kawasan perumahan di utara bandar raya Accra. | UMUM | |
RHEA | Rhea ialah burung besar di Amerika Selatan yang tidak boleh terbang. Ia kelihatan seperti burung unta yang kecil, dan sering dikenali sebagai <i> burung unta Amerika Selatan i> . Tetapi, burung ini mempunyai tiga jari kaki pada setiap kaki, manakala burung unta mempunyai dua jari kaki. Rhea juga mempunyai sayap yang lebih besar dan lebih banyak bulu di leher dan di kepalanya daripada burung unta (lihat Burung unta ). Rhea biasa tingginya kira-kira 1.5 meter dan beratnya lebih kurang 25 kilogram. | UMUM | |
MAGNETO | Magneto ialah janakuasa elektrik yang menyediakan pencucuhan percikan api dalam sesetengah enjin pembakaran dalaman. Pencucuhan Magneto digunakan dalam mesin rumput dan dalam kebanyakan kapal terbang dan motosikal. Magneto beroperasi berdasarkan dua prinsip asas: (1) Gerakan konduktor dalam medan magnet mengeluarkan arus elektrik dalam konduktor, dan (2) Gangguan mengejut aliran arus dalam konduktor dapat <I>mencetuskan I>(menjanakan) voltan yang tinggi. | UMUM | |
YEAGER, CHARLES ELWOOD | Yeager, Charles Elwood (1923 – ) dari Amerika ialah orang pertama yang membuat penerbangan yang lebih pantas daripada kelajuan bunyi. Dia mencapai kejayaan ini pada 4 Oktober 1947, dengan memandu kapal terbang rokel Bell X-1. Dia mencatat satu lagi rekod kelajuan pada 12 Disember 1953 dengan membuat penerbangan 2 kali lebih pantas daripada kelajuan bunyi dengan memandu Bell X-1A. | UMUM | |