TELUK CARPENTARIA | Teluk Carpentaria ialah cabang Laut Arafura yang terbentang ke arah utara Australia. Lebarnya lebih kurang 480 kilometer dan panjangnya 640 kilometer. Airnya cetek di kebanyakan tempat. Lapisan lumpur dan paya bakau terdapat di sepanjang pantainya. Untuk lokasi, lihat Australia (peta). | UMUM | |
SIKKIM | Sikkim ialah negeri yang terletak di timur laut India. Ia terbentang di bahagian timur Himalaya. Di sinilah terletaknya gunung yang tertinggi di India dan yang ketiga tertinggi di dunia, iaitu Gunung Kanchenjunga. Sikkim ialah negeri kedua terkecil di India. | UMUM | |
MERCIA | Mercia ialah salah sebuah negara besar England ketika era Anglo-Saxon. Ia terbentang sehingga ke timur Wales, antara Wessex, di sebelah selatan dan Northumbria di utara. Negara ini mungkin ditubuhkan pada tahun 500-an dan menjadi kerajaan England yang paling berkuasa pada tahun 700-an ketika di bawah pemerintahan Raja Ethelbald dan Raja Offa. Egbert, raja Wessex, menakluki Mercia pada tahun 825. Selepas itu Mercia tidak pernah berjaya memulihkan semula kuasa mereka sebagaimana sebelumnya. Lihat juga Offa’s Dyke; Shropshire; United Kingdom, Sejarah. | UMUM | |
PERTH | Perth (pend. 1 143 265) ialah ibu negeri dan pusat perniagaan Australia Barat. Bandar ini terbentang di sepanjang dataran di antara Lautan Hindi di barat dan bukit bukau Tubir Darling di timur. Perth terletak 3352 kilometer dari Sydney. Kira-kira 70 peratus penduduk Australia Barat tinggal di Perth. | UMUM | |
PERGUNUNGAN WHITE | Pergunungan White merupakan sebahagian daripada sistem Pergunungan Appalachian di Amerika Utara. Ia terbentang ke arah barat daya dari Maine ke New Hampshire, Amerika Syarikat. Pergunungan White diberi nama sedemikian kerana puncaknya berwarna putih apabila diliputi salji. Pada musim bunga dan musim gugur puncak yang berwarna putih menjadi lebih mengagumkan kerana salji tidak menutupi bahagian bawah gunung ini. Untuk lokasi, lihat Pergunungan Appalachian (peta). | UMUM | |
TERUSAN CALEDONIA | Terusan Caledonia ialah sistem terusan dan pintu air menghubungkan loch (tasik) yang terbentang di Glen Mòr, Scotland. Terusan ini mengalir dari Loch Linnhe di barat daya merentangi kawasan tanah tinggi terus ke Loch Lochy, Oich dan Ness ke Inverness Firth di Timur Laut. Panjang terusan ini kira-kira 100 kilometer. | UMUM | |
MINERAL | Mineral ialah bahan pepejal yang paling lazim ditemui di bumi. Daratan dan lautan di bumi semuanya terbentang di atas lapisan batuan yang terdiri daripada mineral. Semua batuan yang terdapat di atas muka bumi juga mengandungi mineral. Malah, tanah juga mengandungi mineral halus yang terserpih daripada batuan. Mineral juga ditemui di bulan dan juga di planet Utarid, Zuhrah, dan Marikh. | UMUM | |
MAURITANIA | Mauritania ialah negara yang terletak di barat Afrika. Negara ini terbentang dari pantai Atlantik ke Gurun Sahara. | UMUM | |
PULAU FRASER | Pulau Fraser juga dikenali sebagai Pulau Great Candy ialah pulau berpasir yang paling besar di dunia. Ia terbentang di sepanjang Teluk Hervey, di sebelah pantai tenggara Queensland, Australia, dan menjadi pelindung kepada pintu masuk pelabuhan Maryborough. Keluasan pulau ini lebih kurang 1550 kilometer persegi. Ia mempunyai banyak tasik air tawar. Tasik yang paling luas ialah Tasik Boemingen. Keluasannya lebih daripada 200 hektar. Sebahagian pulau ini merupakan hutan simpan yang mengandungi kira-kira 26 300 hektar hutan komersial. | UMUM | |
AUSTRIA | Austria ialah negara kecil di tengah Eropah yang terkenal dengan keindahan pemandangan pergunungannya. Pergunungan Alps yang menjulang dan kaki bukitnya terbentang merentasi barat, selatan dan bahagian tengah negara ini. Di banyak kawasan, lembah yang luas, dan menghijau memisahkan gunung-ganang. Austria mempunyai banyak tasik yang cantik dan jernih. Hutan tebal meliputi kebanyakan tanah di negara ini. | UMUM | |