| BANI UTHMANIYAH | Bani Uthmaniyah, nama satu keluarga atau keturunan yang memerintah Turki sejak pemerintahan Kesultanan Turki diasaskan sekitar tahun 1300 M hingga terbentuknya Republik Turki pada tahun 1341 H/1923 M. | AGAMA | Bangsa/Suku/Kaum |
| JAMAL UL-KIRAM II | JAMAL UL-KIRAM II, (1868-1936, Sultan Sulu yang ke-32. dia lahir di Filipina. Jamal ul-Kiram II, mengikut salasilah Kesultanan Sulu yang disusun oleh Majul merupakan Sultan Sulu yang ke-32. dia juga bolehlah dianggap sebagai Sultan Sulu yang terakhir. Dia sempat menyaksikan tiga zaman yang berbeza dalam sejarah Sulu khasnya dan sejarah Filipina amnya. Dia menjadi sultan pada saat penjajahan Sepanyol hingga ke saat-saat akhir sebelum diganti oleh penjajahan Amerika. Apabila dia meninggal dunia pada tahun 1936, Filipina sudah berada diambang kemerdekaan dengan terbentuknya kerajaan Komanwel Filipina pada tahun tersebut. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |