Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ce.de.ra] | ترچدرا

Definisi : 1. mendapat cedera (luka, patah, dsb): ayah Hilmi ~ dlm satu serangan; 2. Mn merana; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ce.de.ra] | ترچدرا

Definisi : mendapat cedera; menderita cedera: Beberapa orang telah ~ dlm perkelahian itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tercedera


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERTEMPURAN HUTAN TEUTOBUNG

451

tentera sampai ke garisan Perancis, tentera British

menembak, mengisi peluru menembak semula dan

menyerbu dengan benet dan pedang. Askar

Perancis berundur dalam suasana kelam-kabut.

Wolfe terbunuh dalam tembakan pertama.

Montcalm, yang cuba mengumpulkan tenteranya

turut tercedera pada masa itu. Dia diusung untuk

kembali ke Quebec tetapi meninggal dunia

beberapa jam kemudian. Dalam masa 15 minit

sahaja, nasib empayar Perancis di Amerika telah

ditentukan.

Perjanjian Paris pada tahun 1763 mengurangkan

kesemua tanah jajahan Perancis di Amerika Utara,

kecuali dua buah pulau kecil berhampiran pantai

Newfoundland , St. Pierre dan Miquelon.

Pertempuran Shrewsbury (1403), mengakhiri

pemberontakan yang diketuai oleh Sir Henry Percy

untuk menggulingkan Henry IV dari England. Percy

dan Earl of Worcester mengumpulkan tentera

dengan harapan untuk mendapat sokongan

pemimpin Wales, Owen Glendower. Pada tahun

1403, gabungan tentera Henry IV dan puteranya

Putera Henry telah menyerang Percy sebelum dia

dapat bersatu dengan Glendower. Percy telah

dibunuh dan kebanyakan penyokong utamanya

telah ditawan dan dihukum bunuh. Lihat juga

Percy, Sir Henry.

Pertempuran Stalingrad ialah salah satu

pertempuran yang sangat penting dalam sejarah,

yang membawa kepada titik perubahan dalam

Perang Dunia II (1939–1945). Semasa pertempuran

lima bulan, tentera Soviet menghalang tentera

Jerman daripada menguasai Stalingrad (kini

Volvograd), kawasan perindustrian penting di

Sungai Volga. Kekalahan Jerman di Stalingrad

menamatkan perluasan kuasa Jerman di bahagian

timur Kesatuan Soviet. Tentera Jerman yang

menceroboh terpaksa berundur daripada kawasan

minyak Caucasus dan kawasan rendah Sungai Don.

Semasa pertempuran, tentera Jerman kehilangan

kira-kira 300 000 askar, termasuk kira-kira 90 000

tawanan. Tawanan itu termasuk 24 orang jeneral

Jerman. Salji dan kesejukan menyebabkan Jerman

kehilangan banyak tenteranya.

Angkatan Tentera Darat keenam Jerman

melancarkan serangan terhadap Stalingrad pada 21

Ogos 1942, dari kedudukan kira-kira 65 kilometer

dari Sungai Don. Menjelang 23 Ogos, kereta kebal

Jerman sampai ke Sungai Volga, utara Stalingrad.

Secara perlahan-lahan, mereka meneruskan

perjalanan ke bandar itu.

Pertempuran Hutan Teutobung lihat

Tentera darat (Pertempuran darat yang termasyhur).

UMUM 
SIMBIOSIS

Simbiosis bermakna hidup bersama. Mana-mana

dua spesies organisma yang berbeza hidup bersama

dalam hubungan yang rapat dinamakan simbiotik.

Dalam hubungan simbiotik, satu pihak selalu

mendapat faedah daripada hubungan ini. Pihak satu

lagi juga mungkin mendapat faedah, atau ia mungkin

tercedera, atau tidak terjejas daripada hubungan ini.

Terdapat tiga bentuk simbiosis, iaitu parasitisme,

komensalisme, dan mutualisme.

UMUM 
PERTEMPURAN TRAFALGAR

Pertempuran Trafalgar berlaku pada 21

Oktober 1805. Pertempuran ini merupakan salah satu

pertempuran laut yang utama dalam sejarah. Dalam

pertempuran ini, angkatan laut British yang

diperintah oleh Laksamana Horatio Nelson, berjaya

menewaskan gabungan angkatan laut Sepanyol dan

Perancis. Kejayaan ini memberikan kekuasaan mutlak

di laut kepada Great Britain. Nelson telah tercedera

dan terkorban dalam pertempuran ini.

UMUM 
NUSAYBAH BINT AL-HARITH

Nusaybah bint al-Harith ialah Nusaybah bint

al-Harith al-Ansariyyah. Ada mengatakan dia

adalah Nusaybah bint Ka‘ab. Dia adalah seorang

daripada golongan sahabat yang terkenal. Dia

memeluk Islam dan memberi baiah kepada

Rasulullah s.a.w. Nusaybah adalah orang yang

diberi tugas memandikan jenazah Zaynab bint

Rasulullah s.a.w. Kemudian para ulama

mempelajari kaedah pemandian jenazah

daripadanya. Nusaybah juga bersama-sama

Rasulullah s.a.w. dalam tujuh peperangan. Dia

bertugas sebagai jururawat tentera Islam yang

tercedera di samping menyediakan makanan

untuk mereka. Di samping itu, dia mengiringi para

tentera di belakang dalam ekspedisi mereka.

Nusaybah pada mulanya menetap di Madinah

tetapi kemudiannya berpindah ke Basrah.

UMUM 
TELL, WILLIAM

Tell, William ialah wira legenda Switzerland. Dia

mewakili semangat gerakan kemerdekaan

Switzerland dari Habsburgs Austria pada tahun

1300-an. Mengikut legenda, Tell ialah pemanah yang

paling mahir di seluruh canton (negeri) Uri. Seorang

bailif Austria bernama Gessler mengarahkan semua

rakyat Switzerland memanah topi yang diletakkannya

di atas tiang di dataran utama Altdorf. Tell yang

tidak mahu memanahnya kemudiannya ditangkap.

Gessler berjanji akan membebaskannya jika dia

dapat memanah buah epal yang diletakkan di atas

kepala anaknya. Tell memanah epal tersebut dan

berkata andainya anaknya tercedera, dia pasti

membunuh Gessler. Gessler mengarahkan Tell

ditangkap dan dirantai.

UMUM 
IKAT PINGGANG

IKAT PINGGANG, kain panjang yang dililit pada pinggang lelaki atau perempuan untuk mengukuhkan kedudukan samping atau sarung. Ikat pinggang juga disebut ‘bengkung’.

            Ikat pinggang yang dipakai di atas samping berfungsi sebagai penggalas keris atau senjata lain. Ikat pinggang yang panjang yang dililit beberapa kali di pinggang boleh melindungi pemakainya daripada tercedera semasa bertikam.

BUDAYAArtifak/Mentifak

Kembali ke atas