OXFORDSHIRE | Oxfordshire ialah sebuah kaunti pertanian di selatan tengah England dengan pemandangan alam yang tidak tercemar, kampung-kampung yang cantik, dan rumah-rumah bersejarah yang menarik ramai pelancong. Ia terkenal kerana Oxford, iaitu pusat pentadbirannya, mempunyai salah sebuah universiti yang tertua dan terhebat di dunia. Sungai Thames mengalir ke arah timur melalui kaunti ini. Untuk lokasi Oxfordshire, lihat England (peta politik) | UMUM | |
SALMONELOSIS | Salmonelosis ialah jenis keracunan makanan yang umum dan biasanya dikenali sebagai salmonela kerana ia berpunca daripada jangkitan beberapa jenis bakteria Salmonella . Manusia mendapat salmonelosis daripada makanan atau air yang tercemar dengan bakteria ini. Ayam, itik, susu, telur dan keluaran yang dibuat daripada telur adalah makanan yang sering kali membawa bakteria tersebut. Terdapat juga bakteria Salmonela jenis lain yang menyebabkan beberapa penyakit berjangkit yang lain. Misalnya, bakteria Salmonella typhi menyebabkan demam tifoid (lihat Demam tifoid ). | UMUM | |
LIBEL | Libel ialah kenyataan bertulis, bercetak atau kenyataan lain dalam bentuk kekal yang merosakkan nama baik seseorang. Gambar, tanda dan maklumat yang disiarkan di radio atau televisyen mungkin mengandungi libel. Slander sama seperti libel. Walau bagaimanapun, slander melibatkan kata-kata yang diucapkan atau kenyataan yang dilafazkan yang merosakkan nama baik seseorang. Di negara-negara yang membenarkan kes-kes slander, mangsa slander mesti dapat membuktikan bahawa nama baiknya benar-benar tercemar. Dalam tindakan libel, bukti bahawa nama baik seseorang itu telah tercemar tidak diperlukan. Libel dan slander merupakan bentuk fitnah . Biasanya individu menjadi sasaran libel, tetapi syarikat atau perbadanan mungkin membuat dakwaan kerana menyebabkan nama syarikat atau perbadanannya terjejas. | UMUM | |
MIKOTOKSIN | Mikotoksin adalah mana-mana satu daripada bahan kimia beracun yang dihasilkan oleh kulat-kulat. Mikotoksin terbentuk pada tanaman makanan berkulapuk dan tumbuhan lain, walaupun bukan semua kulapuk menghasilkan mikotoksin. Tanaman yang paling sering dijangkiti oleh mikotoksin termasuk jagung, padi, gandum dan kacang tanah. Makanan atau makanan haiwan ternakan yang dibuat daripada tanaman yang tercemar boleh meracuni manusia dan haiwan. Daging dan keluaran susu daripada haiwan yang telah memakan bijian yang dijangkiti juga boleh memudaratkan manusia. Agensi kerajaan di banyak negara memeriksa paras mikotoksin dalam makanan dan makanan haiwan ternakan. | UMUM | |
PSITAKOSIS | Psitakosis ialah penyakit berjangkit yang dibawa oleh beberapa jenis burung. Ia juga dikenali sebagai demam burung kakaktua atau ornitosis . Psitakosis biasanya berlaku dalam kumpulan burung kakaktua, namun begitu ia juga terdapat pada burung merpati dan ayam itik. Manusia boleh dijangkiti penyakit ini dengan menyentuh burung yang sakit ataupun alat-alat yang tercemar dengan penyakit ini. | UMUM | |
KUMBANG | Kumbang ialah satu daripada serangga yang paling biasa. Terdapat kira-kira 300 000 spesies (jenis) kumbang. Ia hidup di mana sahaja di bumi kecuali di lautan. Kumbang didapati di hutan hujan dan di gurun. Ia tinggal di kawasan sejuk membeku dan di mata air panas. Kumbang tinggal di tasik gunung, malah boleh hidup dalam pembetung yang tercemar. | UMUM | |
OCHO RIOS | Ocho Rios ialah tempat peranginan di Jamaica yang mempunyai keindahan alam semula jadi. Ia terletak kira-kira 100 kilometer ke timur Teluk Montego. Ia merupakan teluk yang terlindung yang dikelilingi oleh dusun kelapa dan tebu serta kebun buah-buahan. Ocho Rios merupakan tarikan pelancong dengan pantai, pasar, kedai, restoran, hotel, dan kemudahan rekreasi lain yang dimilikinya yang dapat dibanggakan. Kawasan yang menarik yang terletak berdekatan dengannya termasuk Galur Fern, iaitu kawasan tumbuh- tumbuhan tropika yang tidak tercemar; Air Terjun Sungai Roaring, yang sebahagiannya digunakan bagi tenaga hidroelektrik; dan Air Terjun Sungai Dunn. | UMUM | |