PAKATAN BERTIGA | Pakatan Bertiga bermakna perjanjian tiga kali ganda. Apabila tercetusnya Perang Dunia I pada tahun 1914, kuasa utama Eropah membentuk dua kuasa yang bertentangan. Jerman, Austria-Hungary dan Itali membentuk Perikatan Bertiga, manakala United Kingdom , Perancis dan Rusia membentuk Pakatan Bertiga (lihat Perikatan Bertiga). | UMUM | |
REVOLUSI 1848 | Revolusi 1848 melibatkan satu siri pemberontakan yang berlaku di Perancis, Jerman, dan Empayar Austria, termasuklah sebahagian Itali. Punca-punca tercetusnya revolusi ini termasuklah desakan untuk menubuhkan kerajaan berperlembagaan; semangat nasionalisme yang meningkat di kalangan bangsa Jerman, Itali, Hungary, dan Czech; dan juga tentangan kaum petani terhadap sistem manor (sistem pemilikan tanah oleh kaum bangsawan) di bahagian Jerman dan Empayar Austria (lihat Manorialisme ). | UMUM | |
PERANG MU'TAH | Perang Mu’tah berlaku antara orang Islam dengan orang Rom di Syam ketika Rasulullah s.a.w. masih hidup. Antara sebab tercetusnya peperangan ini adalah kerana Rasulullah s.a.w. mengutuskan seorang utusan untuk menghantar kitab al-Quran kepada raja Basrah (di Syam). Apabila utusan yang membawa kitab tersebut singgah di kampung Mu’tah, dilihat oleh Syurahbil ibn ‘Amru al-Ghassaniy lalu dia dibunuh. Mengikut peraturan pada masa itu, utusan tidak boleh dibunuh. Oleh itu, Rasulullah s.a.w. berasa marah lalu Baginda menghantar satu pasukan tentera seramai 3000 orang ke Mu’tah pada bulan Jamadilawal tahun kelapan Hijrah. | UMUM | |
PIERCE, FRANKLIN | Pierce, Franklin (1804–1869) ialah Presiden Amerika Syarikat mulai tahun 1853 hingga tahun 1857. Dia memimpin negaranya menempuh salah satu zaman yang paling makmur dalam sejarah Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, tempoh itu juga merupakan satu pengalaman pahit apabila berlaku pergeseran antara Amerika Selatan dengan Utara yang mengakibatkan tercetusnya Perang Saudara Amerika (1861–1865). Pierce juga menghadapi tentangan yang semakin hebat daripada penduduk Amerika Utara terhadap sebarang bentuk pengembangan perhambaan. | UMUM | |
PERANG MANSURAH | Perang Mansurah , peperangan antara orang Islam Mesir, di bawah pemerintahan al-Malik al- Salih dengan orang Perancis, di bawah pemerintahan Raja Louis IX, pemimpin tentera Perang Salib ke-8 di Mesir. Peperangan ini berlaku pada tahun 648 H./1250 M. Antara punca tercetusnya peperangan ini ialah kerajaan Latin yang diasaskan oleh Tentera Salib di Baitulmaqdis hanya dapat bertahan selama lebih 88 tahun selepas dikalahkan oleh Salah al-Din al-Ayyubi. Oleh sebab itu, tentera Kristian berpatah balik ke kubu pertahanan mereka semula dan semenjak itu mereka menanti peluang untuk memecahkan kekuatan tentera Islam Mesir di bawah kerajaan Ayyubiyyah yang telah menghancurkan harapan dan impian mereka selama ini. | UMUM | |
SARAJEVO | Sarajevo (pend. 447 687) ialah ibu negara Bosnia- Herzegovina (lihat Bosnia-Herzegovina [peta]). Sarajevo terkenal dengan keluaran tenunan permaidani, pertukangan perak, dan terdapat banyak masjid. Orang Turki yang memerintah bandar ini dari tahun 1400-an hingga tahun 1878 membina banyak masjid. Sarajevo juga terkenal sebagai tempat Archduke Austria Francis Ferdinand dibunuh pada 28 Jun 1914. Peristiwa ini menyebabkan tercetusnya Perang Dunia I (lihat Perang Dunia I [Pengenalan]). | UMUM | |
PERANG NANING | PERANG NANING, perang antara Naning dengan pihak British yang bertapak di Melaka. Beberapa faktor yang menyebabkan tercetusnya konflik antara Dol Said, Penghulu Naning, dengan pihak British di Melaka, yang kemudiannya menyebabkan perang antara tahun 1831 hingga tahun 1832. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
PERTUBUHAN SUKARELA | PERTUBUHAN SUKARELA, badan yang keahliannya secara sukarela. Kebebasan berpersatuan dan kewujudan pertubuhan sukarela adalah satu ciri penting dalam sistem demokrasi. Sungguhpun kebebasan itu perlu disesuaikan dengan keperluan dan kepentingan setempat namun, pertubuhan jenis ini menjadi saluran terpenting bagi manusia memenuhi hasrat dan naluri semula jadi untuk hidup berkelompok atau berkumpulan. Sistem demokrasi menggalakkan kewujudan berbagai-bagai bentuk dan jenis persatuan atau pertubuhan sukarela kerana dengan demikian sahajalah tercapainya suatu bentuk keseimbangan dalam masyarakat yang boleh mengurangkan pula kemungkinan tercetusnya ketegangan yang boleh menggugatkan sistem itu sendiri. | BUDAYA | Persatuan |