Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ren.cat] | ترنچت

Definisi : terbantut, terhenti, tertahan: kerja­nya ~ kerana air pasang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ren.cat] | ترنچت

Definisi : terhalang atau tertahan (bkn pertumbuhan, pekerjaan dll); terbantut: Pertumbuhan pokok itu ~ kerana kekurangan air. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rencat
Kata Terbitan : merencatkan, terencat, kerencatan, perencatan, perencat,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SINDROM LESCH-NYHAN

Sindrom Lesch-Nyhan ialah sejenis penyakit

keturunan yang jarang ditemui dan boleh

mengakibatkan rencatan mental. Sindrom ini

berpunca daripada kekurangan hipoksanthinaguanina

fosforibosil transferas, sejenis enzim yang

terdapat dalam semua sel badan. Enzim ini biasanya

terdapat pada paras kandungan yang tinggi di

dalam bahagian basal ganglia otak. Basal ganglia ini

membantu mengawal pergerakan badan yang tidak

disedari. Selain terencat mental, gejala sindrom ini

juga merangkumi pergerakan yang tidak terkawal

serta kecenderungan mencederakan diri sendiri.

UMUM 
TALASEMIA

Talasemia ialah penyakit darah secara keturunan

yang menyebabkan anemia. Penyakit ini terjadi

terutamanya pada kanak-kanak yang keturunannya

berasal dari kawasan Mediterranean. Talasemia

juga terjadi pada orang Amerika kulit hitam dan

sesetengah orang Asia dan Timur Tengah.

Tubuh kanak-kanak yang menghidap talasemia

tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang

mencukupi, iaitu pigmen yang memberikan warna

merah pada sel darah. Hemoglobin juga membawa

oksigen ke tisu tubuh. Kekurangan hemoglobin

menyebabkan organ mangsa kekurangan oksigen

yang diperlukan. Gejala talasemia wujud semasa

kelahiran atau muncul kira-kira enam bulan

kemudian. Gejala ini termasuk kulit pucat, keletihan,

kerengsaan, selera terjejas, dan pertumbuhan

terencat. Kanak-kanak yang terlibat mempunyai

jantung, hati dan limpa yang membesar. Penyakit ini

juga mencacatkan dan melemahkan tulang tertentu,

khususnya tulang di bahagian muka.

UMUM 

Kembali ke atas