Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[té.rés] | تيريس

Definisi : (térés) 1. kawasan tanah datar yg ketinggian dan bertingkat-tingkat (biasanya ditumbuhi rumput, utk bercucuk tanam, dll), tebing atau pantai yg ketinggian (di sepanjang pantai, sungai); 2. tanah dll yg ditinggikan di depan rumah; meneres membuat teres: hanya empat belas peratus sahaja negeri Jepun yg boleh di­tanam, termasuklah tepi bukit yg diteres. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[té.rés] | تيريس

Definisi : /térés/ 1 kawasan tanah yg ber­tingkat-tingkat (biasanya utk bercucuk tanam dll). 2 tebing atau pantai yg agak tinggi di sepanjang pantai, sungai dll. meneres membuat teres: Kerja-kerja ~ di kawasan itu belum selesai lagi. menereskan membuat sesuatu menjadi teres: Lereng-lereng bukit itu ditereskan utk mencegah hakisan tanah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata teres


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
REKAMAN DARI TUJUH DAERAH

REKAMAN DARI TUJUH DAERAH, kumpulan puisi Mh. Rustandi Kartakusuma. Kumpulan puisi ini diterbitkan oleh Balai Pustaka pada tahun 1951 di Jakarta,  Indonesia. Rekaman dari Tujuh Daerah mengandungi 150 buah puisi. Puisi-puisinya dibahagikan kepada tujuh bahagian iaitu, ‘Tujuh Daerah Gelepur’ (14), ‘Maju Jalan’ (13), ‘Menjelang Fajar’ (14), ‘Muara di Bawah Fajar’ (15), ‘Teres dan Butir’ (10) “Laut yang Membiru’ (53) dan ‘Pasang’ (31). Pada kulit dalam pertama terdapat dedikasi ‘Kangge Mama + Ibu Waktos Ngungsi’ (Untuk Mama + Ibu Mengungsi).

SASTERAKarya

Kembali ke atas