Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ha.lang] | ترهالڠ

Definisi : mendapat rintangan (halangan dll), tertahan (tertegah, terganggu, ter­hambat): pembinaan jalan ~ kerana musim hujan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ha.lang] | ترهالڠ

Definisi : 1 tidak dpt bergerak atau tidak dpt melakukan sesuatu; tertahan; tersekat; terganggu. 2 tertutup sehingga tidak nampak: Pandangannya ~ oleh ba­ngunan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
halang
Kata Terbitan : menghalang, terhalang, halangan, berhalangan, penghalang,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ASFIKSIA

Asfiksia ialah keadaan pengsan yang terjadi

apabila paru-paru tidak menyediakan oksigen

yang secukupnya kepada darah. Asfiksia timbul

jika pernafasan terhenti atau terhalang. Darah

membawa oksigen dari paru-paru ke sel tisu di

seluruh tubuh. Sel-sel ini mesti mendapat oksigen

untuk hidup. Jika darah tidak lagi menerima

oksigen yang secukupnya dari paru-paru, maka

sel-sel itu mula mengurai dan akhirnya mati.

UMUM 
ARUS LABRADOR

Arus Labrador ialah arus sejuk lautan yang

bermula di Lautan Artik. Ia mengalir di sepanjang

pantai Labrador, Kanada, sehingga ke suatu tempat

yang berhampiran dengan pulau Newfoundland

apabila ia bertemu dengan Arus Telukan. Pengaruh

Arus Labrador dirasakan di selatan sejauh New

England di Amerika Syarikat. Pelabuhan di

Labrador terhalang oleh ais selama kira-kira

setengah tahun, sebahagiannya disebabkan oleh

arus sejuk ini. Tetapi pelabuhan-pelabuhan di

Kepulauan British yang terletak pada latitud yang

sama seperti Labrador, tetap dibuka kepada

perkapalan sepanjang tahun. Pelabuhan-pelabuhan

tersebut bebas daripada ais sebahagiannya

disebabkan oleh Arus Telukan yang panas. Apabila

udara sejuk di atas Arus Labrador bertemu dengan

angin panas dan lembap di atas Arus Telukan,

kabus tebal terbentuk di luar pantai. Lihat juga

Kabut; Lautan (Bagaimana lautan bergerak).

UMUM 
AZIZ SATAR

AZIZ SATAR (1930 -     ), pelakon, pelawak, penyanyi, pengarah dan penerbit filem. Dia lahir pada bulan Januari 1930 di Pekalongan, Surabaya, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Abdul Azez bin Satta. Dia mengikuti ayah dan ibunya berhijrah ke Singapura pada tahun 1934 semasa berumur empat tahun. Aziz bersekolah di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura hingga tamat Darjah Lima tetapi persekolahannya terhalang kerana meletusnya Perang Dunia Kedua. Dia pernah bekerja sebagai kedi golf, pemungut bola tenis, pemandu dan pelbagai kerja buruh sebelum memasuki dunia lakonan dan perfileman.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas