Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.je.ma.han] | ترجمهن

Definisi : 1. hasil drpd menterjemahkan, yg (telah) diterjemahkan: di samping cerpen asli dimuat juga cerpen ~; 2. cara (gaya, kaedah) menterjemah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.je.ma.han] | ترجمهن

Definisi : sesuatu (kar­ya dll) yg su­dah diterjemahkan; hasil menterjemahkan se­suatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terjemah
Kata Terbitan : menterjemah, terjemahan, penterjemahan, penterjemah,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
INSTITUT TERJEMAHAN NEGARA MALAYSIA

Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) ialah badan terjemahan yang mengendalikan hal ehwal terjemahan, kejurubahasaan, dan pemindahan maklumat pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

BAHASAInstitusi/Organisasi
TALMUD

Talmud ialah koleksi undang-undang agama dan

sivil orang Yahudi yang disertai dengan terjemahan

ilmiah. Ia adalah hasil penulisan kedua yang

dianggap suci dan berpengaruh di kalangan orang

Yahudi, selepas kitab Bible . Agama Yahudi

menganggap mempelajari Talmud secara sepenuh

masa adalah antara amalan yang paling mulia.

UMUM 
MUKHTAR OULD DADDAH

Mukhtar Ould Daddah (1344 H.– /1925 M.– )

ialah Presiden Mauritania yang pertama. Dia lahir di

selatan Mauritania. Dia menamatkan pelajarannya di

peringkat menengah di Mauritania dan

menyambung pelajaran ke sekolah terjemahan di

sana. Kemudian dia bergiat dalam bidang

penterjemahan selama enam tahun. Dia adalah

lulusan Fakulti Bahasa Timur dan Fakulti Undang-

undang di Paris. Dia mempunyai personaliti

sebagai tokoh politik kebangsaan ketika

memegang jawatan sebagai peguam dan

bergabung dengan parti Persatuan Rakyat

Mauritania Maju.

UMUM 
AKAR KATA DAN KATA DALAM BAHASA-BAHASA INDONESIAAKAR KATA DAN KATA DALAM BAHASA-BAHASA INDONESIA, edisi terjemahan daripada buku An Introduction to Indonesian Linguistics: Rood and Word ini the Indonesian Languages (1910) oleh Renward Brandsetter.BAHASAKonsep
KAMUS INDONESIA-BELANDA

KAMUS INDONESIA-BELANDA, kamus yang diterjemahkan daripada bahasa Indonesia kepada bahasa Belanda. Judul asal kamus ini ialah Indonesisch-Nederlands Woordenboek yang diterbitkan di negeri Belanda buat pertama kalinya pada tahun 1990. Versi terjemahan dalam bahasa Indonesia terbit pada tahun 1991. Penyusun asal kamus ialah A. Teeuw, seorang sarjana berbangsa Belanda yang pakar dalam bahasa dan kesusasteraan Indonesia. Semasa menyusun kamus ini dia dibantu oleh I. Supriyanto, T. Iskandar dan H. Vruggink. Terjemahan kamus ini dilakukan bersama oleh perwakilan Koninklijk Institut voor Taal-, Land-en Volkekunde (KITLV) dengan  Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI).

           

BAHASAPenerbitan
JEMAH

JEMAH, satu sistem perterjemahan automatik protaip  yang dibina oleh projek Terjemahan Berkomputer Universiti Sains Malaysia. Sistem ini dibina untuk menterjemah teks daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu.

BAHASASistem
ARARAT

Ararat ialah tempat bahtera Noah mendarat

selepas Deluge mengikut Bible. Dalam Bible, kisah

ini dijelaskan dalam Genesis 6-8. Ararat adalah

kawasan yang dikelilingi Tasik van di Armenia

purba, kini bahagian Turki. Ramai orang percaya

bahtera Noah berada di Gunung Massis, gunung

tertinggi di Ararat, kini dikenali Gunung Ararat.

Walau bagaimanapun, terjemahan dalam bahasa

Aramaik dan Syriac menjelaskan bahtera ini

mendarat di gunung di Kurdistan yang terletak di

tenggara Tasik Van.

Kawasan Ararat dinyatakan dalam II Kings 19:37

dan Isiah 37:38. Laluan ini digunakan oleh anakanak

raja Assyria Sennacheris yang melarikan diri

ke Ararat selepas membunuh ayah mereka.

UMUM 
SISKEP

SISKEP, sistem penterjemahan berbantukan komputer.  Sistem ini dibina oleh Projek Terjemahan Berkomputer di Universiti Sains Malaysia (USM).  SISKEP ialah akronim daripada Sistem Kerja bagi Penterjemah.  Sistem berkomputer ini membantu penterjemah dengan menyediakan sebuah pemproses kata, kamus ekabahasa, kamus dwibahasa, kamus istilah dan tesaurus.

BAHASASistem
PANJI NARAWANGSA

PANJI NARAWANGSA, cerita panji.  Buku ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1989.  Buku ini adalah terjemahan daripada cerita Panji Narawangsa dalam bahasa dan tulisan Jawa.  Terbitan ini berdasarkan naskhah kepunyaan Balai Pustaka, Jakarta.  Naskhah kepunyaan Balai Pustaka ini pula berdasarkan naskhah Brandes No. 295 yang tersimpan di Museum Pusat, Jakarta.

SASTERAPenerbitan
SASTERA KITAB

SASTERA KITAB, karya yang dihasilkan mengenai ilmu keagamaan.  Karya ini merupakan hasil tulisan para ulama di Nusantara.  Sastera kitab meliputi karya asli dan karya saduran atau terjemahan dari Asia Barat.  Sastera  kitab ditulis dalam huruf Jawi.  Pada peringkat awal, karya ini ditulis dalam bentuk manuskrip, kemudian pada abad ke-19, karya ini mulai dicetak dalam bentuk cetakan batu.  Cetakan ini dilakukan di Mesir, Makkah, Bombay, Singapura dan Pulau Pinang.

SASTERAKonsep
12

Kembali ke atas