| TERJUN UDARA | Terjun udara ialah sukan bagi seorang atau lebih yang terjun dari kapal terbang dan jatuh secara bebas sebelum payung terjun kembang. Penerjun udara biasanya terjun pada altitud sehingga 4600 meter dan jatuh pada kelajuan lebih daripada 160 kilometer sejam. Mereka mengembangkan payung terjun pada altitud 600 meter hingga 900 meter dan kemudian meluncur ke bumi pada kelajuan kira-kira 16 kilometer sejam. Dalam terjun udara tepat, penerjun cuba terjun menepati sasaran kira-kira 5 sentimeter diameter. Dalam terjun udara berpasukan, satu pasukan penerjun udara terjun bebas bersama-sama membuat formasi berbentuk geometri. | UMUM | |
| AIR TERJUN VICTORIA | Air Terjun Victoria ialah air terjun yang ditemui oleh penjelajah Inggeris, David Livingstone di selatan Afrika pada tahun 1855. David Livingstone menamakan air terjun itu sebagai penghormatan kepada Ratu Victoria. Air Terjun Victoria terletak di antara Zambia dengan Zimbabwe, kira-kira di pertengahan di antara muara dengan hulu Sungai Zambezi. | UMUM | |
| AIR TERJUN CUQUENÁN | Air terjun Cuquenan terletak di Sungai Cuquenan, Venezuela. Air terjun ini merupakan salah satu daripada tiga air terjun tertinggi di dunia. | UMUM | |
| TERJUN | Sukan | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |
| ACARA TERJUN | Acara terjun ialah sukan air yang menarik. Seseorang penerjun melompat dari papan anjal atau pelantar dan melakukan gerakan akrobatik yang berani di udara sebelum terjun ke dalam air. Tidak seperti renang, acara terjun menekankan teknik dan bukan ketahanan atau kelajuan. Penerjun yang berbakat menggabungkan kekuatan dan keindahan dengan keberanian semasa berputar dan bertwis ke arah air, dan akhirnya melakukan terjun ke dalam air dengan deburan yang minimum. | UMUM | |
| ASKAR PAYUNG TERJUN | Askar payung terjun merupakan askar yang dilatih bagi melakukan serangan dari udara. Mereka mungkin melakukan penerjunan ke darat dengan menggunakan payung terjun, atau diangkut ke kawasan pertempuran dengan kapal terbang. Dalam pertempuran, askar payung terjun akan mendarat di belakang barisan musuh, meletupkan jambatan, memusnahkan komunikasi dan menyekat bekalan dan pasukan bantuan. Mereka selalunya muncul dengan tiba-tiba sehingga mengejutkan musuh dan terlibat dalam pertempuran ganas secara berhadapan. Askar payung terjun membawa pek peralatan yang berat, termasuk rifel automatik, mesingan, grenad, peti perubatan dan peralatan radio. | UMUM | |
| AIR TERJUN SUTHERLAND | Air Terjun Sutherland ialah air terjun gunung yang kelima tertinggi di dunia. Ia terletak 26 kilometer dari hulu, ke Selat Milford, Alps Selatan, Pulau Selatan, New Zealand. | UMUM | |
| AIR TERJUN ANGEL | Air Terjun Angel ialah air terjun yang tertinggi di dunia. Ia mengalir masuk ke Sungai Churun di sebelah timur Venezuela. | UMUM | |
| AIR TERJUN | Air terjun ialah air sungai atau air anak sungai yang jatuh secara mendadak. Air terjun biasanya terjadi apabila sebatang sungai merentasi batuan pejal yang tahan terhadap hakisan (lihat Hakisan ). | UMUM | |
| AIR TERJUN AUGRABIES, | Air Terjun Augrabies di Sungai Orange di Afrika Selatan, adalah antara air terjun yang terkemuka di dunia. Ia terletak lebih kurang 90 kilometer di barat Upington, di utara Cape Province. | UMUM | |