ROBERT KUOK, TAN SRI | ahli perniagaan terkaya di Malaysia dengan nilai harta pada bulan Januari 2005 dianggarkan berjumlah RM16.96 bilion | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Tokoh |
TEBING BESAR | Tebing Besar ialah salah sebuah kawasan penangkapan ikan yang terkaya di dunia. Kawasan ini meliputi kira-kira 360 000 kilometer persegi di luar pantai tenggara wilayah Newfoundland, Kanada. Kebanyakan ikan yang ditangkap ialah kod, tetapi terdapat juga ikan flounder, hadok, halibut, hering , dan redfish . Tebing Besar mendapat namanya kerana menjadi sebahagian daripada sistem penara dalam air yang dikenali sebagai bank (tebing) dalam bahasa Inggeris. | UMUM | |
KESUSASTERAAN PERANCIS | Kesusasteraan Perancis, satu daripada kesusasteraan negara yang terkaya dan paling berpengaruh di dunia. Penulis Perancis menyumbang kepada setiap bentuk sastera utama, mencapai kecemerlangan dalam puisi epik, puisi lirik, drama, fiksyen dan jenis prosa lain. | UMUM | |
ONASSIS, ARISTOTLE SOCRATES | Onassis, Aristotle Socrates (1906–1975), pemilik kapal dan eksekutif perniagaan Yunani, menjadi salah seorang individu yang terkaya di dunia. Pada tahun 1968, dia mengahwini Jacqueline Kennedy, balu Presiden Amerika Syarikat, John F. Kennedy. | UMUM | |
TIMBUKTU | Timbuktu (pend. 20 483) ialah bandar perdagangan kecil di Mali Tengah. Nama rasminya ialah Tombouctou. Dari tahun 1200 hingga tahun 1500, ia merupakan salah sebuah bandar komersial yang terkaya di Afrika dan pusat pengajian Islam. Timbuktu diasaskan pada kira-kira tahun 1100. Ia terletak berhampiran hujung selatan Gurun Sahara, lebih kurang 13 kilometer dari Sungai Niger (lihat Mali [peta]). | UMUM | |
SUNDIATA KIETA | Sundiata Kieta ( ? –1255), memerintah Empayar Mali, di Afrika Barat dari kira-kira pada tahun 1240 hingga tahun 1255. Dia membantu membangunkan Mali sebagai salah sebuah empayar terbesar dan terkaya di rantau itu. | UMUM | |
MOUNT ISA | Mount Isa (pend. 23 348) ialah sebuah bandar di barat laut Queensland, Australia, lebih kurang 966 kilometer ke barat Townsville. Ia dihubungkan oleh sebatang jalan ke Townsville, Brisbane, Alice Springs, dan Darwin. Mount Isa ialah salah sebuah tapak lombong bawah tanah yang terkaya dan terbesar di dunia. Lapisan tembaga, perak, plumbum, dan zink didapati berdekatan antara satu sama lain tetapi dilombong dan diproses secara berasingan. | UMUM | |
WOODS, TIGER | Pemain golf profesional dunia yang terkenal dengan catatan rekod pencapaian yang terbanyak dan juga pemain yang telah mencipta banyak sejarah sebagai pemain pertama dan pemain paling muda dalam arena sukan golf. Beliau merupakan pemain golf kulit hitam yang pertama dan yang paling muda menjuarai kejohanan U.S Junior Amateur. Beliau merupakan atlet terkaya dunia sepanjang tahun 2006. | SUKAN | Tokoh |
KIKUYU | Kikuyu ialah kumpulan etnik yang terbesar di Kenya, Afrika Timur. Puak Kikuyu, juga dikenali dengan nama Gikuyu, membentuk 20 peratus daripada penduduk Kenya. Dalam kalangan puak ini, terdapat mereka yang paling terpelajar dan terkaya di Kenya. Kebanyakan orang Kikuyu berkhidmat dengan kerajaan dan dalam bidang perniagaan. Orang Kikuyu lain memiliki ladang-ladang yang besar. | UMUM | |
MESSENIA | Messenia ialah satu jabatan (bahagian politik) di Greece. Ia juga merupakan kawasan yang penting pada zaman dahulu. Messenia terletak di semenanjung Peloponnesus (semenanjung selatan Greece). Kawasannya seluas 2991 kilometer persegi dan penduduknya seramai 170 000 orang. Kalamai ialah ibu wilayah jabatan ini. Kawasan pertanian Messenia merupakan kawasan pertanian yang terkaya di Greece. | UMUM | |