SIRENS | Sirens ialah nimfa laut dalam mitologi Yunani yang tinggal di sebuah pulau. Dua Sirens ada disebutkan dalam puisi epik Yunani, Odyssey. Kebanyakan pengarang yang terkemudian menulis tentang kira-kira tiga Sirens dalam karya mereka. Nyanyian merdu Sirens mengumpan pelaut menuju kebinasaan di pantai pulau yang berbatu-batan. Dalam sesetengah cerita, Sirens-Sirens akan mati jika dapat belayar tanpa merasa terharu mendengar nyanyian mereka. Wira Odysseus (Ulysses dalam bahasa Latin menyumbatkan lilin di dalam telinga kelasinya supaya mereka tidak dapat mendengar suara Sirens. Kemudian dia meminta dirinya diikat pada tiang. Odysseus dengan itu dapat mendengar suara Sirens tanpa membahayakan kapalnya. Dalam seni lukis, Sirens pada mulanya digambarkan sebagai burung yang berkepala wanita dan kemudiannya sebagai wanita yang berkaki burung dan kadangkala bersayap. Lihat juga Odyssey (gambar;) Capri. | UMUM | |
SHELLEY, PERCY BYSSHE | Shelley, Percy Bysshe (1792–1822) ialah salah seorang pemuisi lirik Inggeris. Dia telah membuat ujian terhadap banyak gaya persuratan dan mempunyai pengaruh terhadap ramai penulis terkemudian, khususnya Robert Browning, Algernon Charles Swinburne, William Butler Yeats, George Bernard Shaw, dan Thomas Hardy. | UMUM | |
SULLA, LUCIUS CORNELLIUS | Sulla, Lucius Cornellius (138 S.M.–78 S.M.), melakukan pembaharuan dalam kerajaan Rom. Dia ialah Jeneral Rom pertama yang menggunakan tentera bagi menentang musuh politik. Ahli politik terkemudian, termasuk Julius Caesar, mengikut contohnya. | UMUM | |
KESUSASTERAAN YUNANI | Kesusasteraan Yunani ialah sastera kebangsaan yang tertua dan paling berpengaruh di dunia Barat. Kesusasteraan Yunani menjadi model kepada semua kesusasteraan terkemudian di Barat, bermula dengan kesusasteraan Latin. Penulis Yunani memperkenalkan banyak jenis kesusasteraan yang penting, termasuk puisi lirik dan epik, drama tragik dan komik, dialog dan esei falsafah, sejarah kritis dan biografi dan surat-surat sastera. | UMUM | |
ODYSSEY | Odyssey, sebuah puisi epik, berkemungkinan ialah karya yang paling berpengaruh dan popular dalam kesusasteraan Yunani purba. Odyssey merupakan antara karya pengembaraan yang paling agung dalam kesusasteraan. Ia menjadi model bagi kebanyakan cerita pengembaraan yang terkemudian. | UMUM | |
SHAFFER, PETER LEVIN | Shaffer, Peter Levin (1926– ) ialah pengkritik dan penulis drama British yang terkenal, dengan dramanya Five Finger Exercise (1958), yang menerokai permusuhan dalam kalangan pelbagai generasi keluarga kelas pertengahan. Dramanya yang terkemudian termasuk The Private Ear and the Public Eye (1962), The Royal Hunt of the Sun (1964), Black Comedy (1965), The Battle of Shrivings (1970), Equus (1973), dan Amadens (1979). Sebahagian daripada karyanya telah difilemkan. Dia juga pernah menulis untuk rancangan televisyen. Shaffer lahir di Liverpool, England dan mendapat pendidikan di St. Paul School, London dan Cambridge University. Saudara kembarnya, Anthony Shaffer juga merupakan penulis drama. Dramanya yang paling terkenal, Sleuth, juga telah difilemkan. Dia juga menulis lakon layar untuk filem Death on the Nile dan Evil Under the Sun. | UMUM | |
THALES | Thales (625? S.M.–546? S.M.) ialah ahli falsafah Yunani yang paling awal diketahui. Dia lahir di Miletus , Asia Kecil. Segala maklumat yang diketahui tentang Thales diperoleh daripada laporan ringkas dan berselerak oleh ahli sejarah dan ahli falsafah terkemudian. | UMUM | |
SULLY-PRUDHOMME, RENÉ FRANCOIS ARMAND | Sully-Prudhomme, René Francois Armand (1839–1907) ialah penyair Perancis yang menerima Hadiah Nobel tahun 1901 untuk kesusasteraan. Koleksi puisinya yang awal, termasuk Les Epreuves (1866) dan Les Solitudes (1869), mengisahkan kesengsaraan cinta. Sajaknya yang terkemudian mengungkapkan pertelagahan antara sains dengan agama. Dia juga menulis beberapa buah buku tentang falsafah dan psikologi. Dia lahir di Paris. | UMUM | |
ALDRIN, EDWIN EUGENE, JR. | Aldrin, Edwin Eugene, Jr (1930– ), angkasawan Amerika Syarikat dan merupakan manusia kedua menjejakkan kaki di permukaan bulan. Dia bersama-sama Neil A. Armstrong mendarat di bulan dengan kapal angkasa Apollo 11 pada 20 Julai 1969. Aldrin menjejakkan kakinya di permukaan bulan 19 minit terkemudian selepas Armstrong berbuat demikian. | UMUM | |
O'FLAHERTY, LIAM | O’Flaherty, Liam (1896–1984) ialah penulis novel dan cerpen Ireland. Dia menulis banyak karyanya dalam bahasa Gaelik dan menterjemahnya ke bahasa Inggeris. Kebanyakan fiksyen O’Flaherty menggambarkan dengan jelas landskap berbatuan yang gersang dan kampung-kampung terpencil Kepulauan Aran, tempat dia dilahirkan dan dibesarkan. Karya lain, yang mencerminkan kehidupannya yang lebih terkemudian, memaparkan kemiskinan yang mencengkam kawasan bandar yang penduduknya mementingkan diri sendiri. | UMUM | |