Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ke.na] | ترکنا

Definisi : 1. telah dikenakan (dilekatkan, dipasang, dll): beberapa pakaian yg indah-indah ~ pd tubuh Ibrahim Kakan itu; 2. mendapat atau tertimpa sesuatu (spt penyakit dll): tujuan menyuntik penduduk kampung itu adalah utk melindungi mereka drpd ~ penyakit tersebut; 3. terpedaya, tertipu: hati-hati sebelum ~; berasa ~ a) berasa tertipu; b) berasa tersinggung; c) berasa kecewa, menye­sal; 4. tersentuh (terlekat) pd: setengah-setengah butir debunga itu akan ~ pd stigma pokok yg berdekatan; 5. kena sampuk (di­ganggu makhluk halus): dia ~ di pokok itu; 6. menanggung sesuatu perbuatan atau tindakan: sakitnya spt rasa sakit ~ cubit; ~ beragih Mn a) berasa menerima bahagian yg terkurang drpd yg sewajarnya (sepatutnya); b) suram muram mukanya; ~ buat terkena jampi atau sihir; ~ pd ikan bersorak, ~ pd batang masam prb ketika untung bergembira dan ketika rugi marah-marah; sekali jalan ~, dua kali jalan tahu, (tiga kali ~ jera) prb kali pertama ter­tipu, kali kedua dan seterusnya sudah tahu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ke.na] | ترکنا

Definisi : 1 menderita atau tertimpa sesuatu: Badannya menjadi kurus setelah ~ penyakit itu. 2 tersentuh pd: Dia pengsan kerana ~ karan elektrik. 3 tertipu; terperdaya: Kali ini dia lebih berhati-hati supaya tidak ~ lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kena (kata kerja)
1. Bersinonim dengan bersentuhan dengan: berlanggar dengan, terhantuk, tergesel, tersinggung, tersandung, terlanggar,

2. Dalam konteks sasaran
bersinonim dengan tepat, tidak menyimpang, betul-betul pada,

3. Bersinonim dengan ditimpa sesuatu: dilanda malang

4. Bersinonim dengan menanggung sesuatu: menderita, mengalami,

5. Bersinonim dengan diwajibkan: dimestikan, tidak terkecuali, tidak terlepas, tidak bebas,

6. Bersinonim dengan padan dengan: secocok, sesuai, setimpal, berbaloi, ngacu,

7. Bersinonim dengan terpaksa: harus, perlu, dikehendaki,

Kata Terbitan : mengena, kena-mengena, mengenai, mengenakan, mengena-ngenakan, terkena,

Puisi
 

Sampai ke tepi terkena duri,
     Duri dibuang sakit pun hilang;
Kalau ayah tidak memberi,
     Adik hendak mengikut abang.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Terkena pada ikan bersorak,
     terkena pada batang,
masam.

Bermaksud :

Ketika untung bersuka-ria, waktu rugi marah-marah. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersaukkan ikan, suka; tersaukkan batang, masam).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TERBAKAR DAN MELECUR

Terbakar dan melecur ialah antara

kecederaan yang paling serius dan menyakitkan.

Biasanya luka terbakar terjadi disebabkan terkena

pakaian atau bahan lain yang terbakar atau terkena

elektrik atau bahan kimia seperti asid. Kecederaan

yang disebabkan oleh air panas atau cecair atau

wap panas juga dikenali sebagai melecur .

Luka terbakar boleh menjejaskan semua sistem

tubuh. Luka terbakar yang serius boleh

merosakkan sebahagian besar kulit. Ia juga

mengganggu peredaran darah, fungsi beberapa

organ, dan kemampuan tubuh untuk melawan

jangkitan.

UMUM 
ASID

Asid ialah sebarang kumpulan sebatian kimia yang

mempunyai sifat-sifat tertentu yang sama. Larutan

asid berasa masam dan menghasilkan rasa pedih

jika terkena pada kulit. Asid melarutkan banyak

logam dan menukar warna kertas litmus biru

kepada merah. Sebatian kimia yang dinamakan bes

atau alkali meneutralkan asid.

UMUM 
PICKEREL

Pickerel ialah nama yang diberi kepada tiga

anggota yang kecil dalam famili pike di Amerika

Utara. Seperti semua pike, pickerel sebenar

mempunyai mulut yang besar dan makan dengan

lahapnya. Ikan ini meronta untuk melepaskan

diri apabila terkena mata kail. Semua pickerel hidup

dalam air tawar. Ia biasanya memakan ikan lain yang

lebih kecil.

UMUM 
PARUT

Parut ialah tanda kekal yang tinggal setelah

kecederaan pada kulit atau di bahagian tubuh lain

yang sembuh. Parut boleh terjadi akibat luka yang

dalam, terkena api, kudis, atau pembedahan.

UMUM 
OPAL

Opal ialah batu permata yang mengandungi

warna-warna pelangi. Ia terdiri daripada silikon

dan oksigen, iaitu unsur yang ditemui dalam pasir

biasa. Warna latar opal mungkin hitam, biru,

coklat, kelabu, atau putih. Opal mempamerkan

warna yang berkilauan apabila terkena cahaya

yang terang.

UMUM 
PERTOLONGAN CEMAS

Pertolongan cemas ialah rawatan serta-merta

yang diberi kepada mangsa yang mengalami

kemalangan, sakit yang mendadak, atau lain-lain

kecemasan perubatan. Pertolongan cemas yang betul

dapat menyelamatkan nyawa mangsa, lebih-lebih lagi

jika mangsa itu mengalami pendarahan yang banyak,

terhenti pernafasannya, atau terkena racun.

Pertolongan cemas juga boleh mencegah masalah

perubatan yang selanjutnya yang terhasil daripada

kecederaan atau sakit.

UMUM 
SINAR KATOD

Sinar katod ialah nama sinaran tak boleh

nampak yang dipancarkan dari elektrod negatif

(katod) tiub Crookes (lihat Tiub Crookes). Sinar

ini boleh dihasilkan dengan menyambungkan

elektrod kepada sumber voltan tinggi tenaga

elektrik. Sinar katod menyebabkan pendarfluor

berwarna hijau kekuningan terbentuk apabila

terkena salutan pada kaca tiub. Biasanya, salutan

ini adalah zink sulfida. Bayang-bayang yang

jelas terhasil dalam pendarfluor di hujung tiub

apabila plat logam diletakkan dalam laluan sinar

ini. Tiub sinar katod digunakan dalam peti

televisyen, paparan radar dan banyak alat

saintifik.

UMUM 
RESERPINE

Reserpine ialah sejenis ubat yang digunakan

untuk merawat hipertensi (keadaan tekanan darah

tinggi) sederhana. Ubat ini diperbuat daripada

sejenis tumbuhan belukar dikenali sebagai

Rauwolfia serpentina , yang tumbuh di India dan

Asia Tenggara. Pati pokok ini telah pun digunakan

sejak beberapa abad lamanya di tempat tersebut

untuk merawat gangguan seperti hipertensi,

insomnia, sakit mental dan terkena patukan ular

berbisa.

UMUM 
STROK MATAHARI

Strok matahari ialah nama biasa bagi keadaan

seseorang akibat dari suhu badan yang terlampau

panas. Para doktor kebiasaannya menggunakan

istilah yang lebih tepat iaitu strok haba dan

kelesuan haba. Strok matahari ialah satu daripada

jenis strok haba yang disebabkan oleh terlampau

lama atau terlalu banyak terkena sinaran matahari.

UMUM 
BAGIH

BAGIH, pengubatan tradisional untuk menghalau hantu daripada badan pesakit. Bagih, yang terkenal suatu ketika dahulu di negeri Kelantan diadakan untuk menyembuhkan orang sakit, memulihkan orang yang terkena sihir dan juga untuk mencari benda yang hilang atau yang dicuri orang.

BUDAYAKonsep
12

Kembali ke atas