Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.la.rut] | ترلاروت

Definisi : telah atau dapat larut: nutrien yg ~ mengalir ke permukaan tanah dan dibawa ke tempat lain; kawasan ini mengandungi garam ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.la.rut] | ترلاروت

Definisi : telah atau dpt larut: Zat yg ~ mengalir ke kawasan lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terlarut


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAP

Sap, dalam botani, bermakna cecair di dalam batang

dan akar tumbuh-tumbuhan. Sebenarnya terdapat

dua jenis sap. Satu jenis sap ialah air, berserta

mineral yang terlarut, yang mengalir dari akar pokok

ke daun. Ia mengalir melalui lapisan di batang dan

dahan pokok yang dikenali sebagai xilem. Satu lagi

jenis sap ialah air yang membawa makanan

tumbuhan yang terlarut. Ia mengalir dari daun ke

bahagian-bahagian tumbuhan tempat ia digunakan

atau disimpan. Sap jenis ini bergerak dalam lapisan

yang dikenali sebagai floem.

UMUM 
TERAPI KELATION

Terapi kelation ialah rawatan perubatan yang

melibatkan penggunaan ubat untuk

menghilangkan ion logam daripada badan. Ubat

jenis chelate (bersebati kuat) dengan ion logam

menjadikannya bahan terlarut yang dikeluarkan

melalui air kencing. Penggunaan terapi kelation

yang paling terkenal adalah di dalam merawat

arteriosklerosis (pengerasan arteri). Walaupun

begitu, penggunaan terapi kelation ini menjadi isu

yang amat kontroversi. Terapi kelation terbukti

berkesan dalam merawat beberapa keadaan agak

luar biasa, termasuk keracunan oleh logam seperti

raksa dan plumbum.

UMUM 
STALAGMIT

Stalagmit ialah pembentukan batu yang timbul

dari lantai gua, khususnya di dalam gua batu kapur.

Kebanyakan stalagmit terbentuk apabila air yang

menitis ke lantai dari dinding dan bumbung

sesebuah gua, membawa bersamanya kalsit terlarut,

iaitu satu bentuk kalsium karbonat. Apabila air

memasuki persekitaran gua itu, air tersebut

kehilangan karbon dioksida dan meninggalkan

kalsit. Kalsit bertimbun menjadi bentuk batu yang

berwarna-warni, yang kelihatan seperti jurai air batu

yang terbalik.

UMUM 
KETERLARUTAN

Keterlarutan ialah kuantiti maksimum zat terlarut yang larut dalam isi padu tertentu pelarut pada suhu tertentu.

KIMIAProses/Tindak Balas

Kembali ke atas