GENTIAN SELANJAR | Kaedah penghasilan komposit bergentian mr=enggunakan gentian selanjar yang telah direndam atau telah diserap terlebih dahulu dengan resin polimer | KEJURUTERAAN | Sumber/Bahan Alam |
AIS KERING | Ais kering ialah karbon dioksida pepejal. Nama ais kering merujuk kepada hakikat bahawa bahan ini berubah bentuk daripada pepejal kepada gas tanpa terlebih dahulu menjadi cecair. | UMUM | |
ANYAMAN | Hasil daripada satu proses menjalinkan helaian atau jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan lain dengan cara menyusun dan menyusupkannya antara satu sama lain. Bahan asas ini dikeringkan dan dibentuk (memanjang, halus, nipis) terlebih dahulu sebelum proses anyaman dimulakan. | BUDAYA | Kraf Tangan |
BIDAI VENETIAN | Bidai Venetian ialah bidai jendela yang dibuat daripada bilah. Bidai ini digelar bidai Venetian kerana digunakan dengan meluas di Venice pada tahun 1600-an. Bidai yang sama pernah dicipta terlebih dahulu oleh orang Jepun dengan menggunakan batang buluh | UMUM | |
AISYAH BINT ABU BAKAR | Aisyah bint Abu Bakar (8 S.H.–50 H./614–670 M.), isteri Rasulullah SAW dan merupakan wanita yang paling banyak meriwayatkan hadith. Dia lahir di Makkah al-Mukarramah. Rasulullah SAW telah mengahwininya dan Sa’udah bint Zam‘ah pada tahun yang sama, tetapi Sa’udah terlebih dahulu bersama Rasulullah berbanding dengan Aisyah kerana usianya yang masih muda. Dia bersama Rasulullah SAW pada tahun ke-2 H., iaitu ketika berusia sembilan tahun. Dia berkahwin ketika masih anak dara tetapi tidak melahirkan anak untuk Rasulullah SAW. | UMUM | |
RABUN DEKAT | Rabun dekat ialah kecacatan pada penglihatan yang menyebabkan seseorang dapat melihat objek yang jauh dengan jelas, tetapi tidak dapat melihat objek yang dekat dengan jelas. Para doktor memanggil keadaan ini sebagai hiperopia . Dalam kebanyakan kes rabun dekat, mata seseorang itu terlampau pendek dari depan ke belakang. Akibatnya, sinaran cahaya dari suatu objek sampai ke retina terlebih dahulu sebelum sampai ke fokus. | UMUM | |
TESLA, NIKOLA | Tesla, Nikola (1856–1943), jurutera elektrik yang umumnya terkenal sebagai pencipta motor aruhan. Semasa masih belajar, dia telah mereka sebuah motor tanpa penukar tertib. Tesla mencipta sebuah motor bergegelung tersusun yang apabila gegelung-gegelung itu tidak sejalan, arus ulang-alik membekalkan tenaga dari medan magnet yang dihasilkannya berputar pada kelajuan seperti yang ditentukan terlebih dahulu. Lihat Motor elektrik. Tesla mempatenkan motor medan berputar ini pada tahun 1888. Dia memperkenalkannya ketika motor yang seperti itu dicari untuk alat sokongan kepada arus ulang-alik. Dia menjualnya kepada syarikat George Westinghouse yang memajukannya menjadi motor komersial. Tesla turut memajukan medan voltan tinggi dan radas frekuensi. Dia mencipta gegelung Tesla, suatu sistem pencahayaan arca, penjana arus frekuensi tinggi dan sebuah sistem penghantaran wayarles. | UMUM | |
CINDAI | CINDAI, sejenis tekstil yang dihasilkan dengan teknik tenun benang ikat ganda. Benang pakan dan loseng diikat celup dengan bahan pencelup semula jadi terlebih dahulu sebelum ditenun, bagi menghasilkan motif dan corak kain. | BUDAYA | Kraf Tangan |
ADAT PERKAHWINAN ORANG SUNGAI | ADAT PERKAHWINAN ORANG SUNGAI, adat perkahwinan yang diamalkan oleh Orang Sungai di daerah Labuan-Sugut, Sandakan dan utara Kinabatangan, Sabah. Calon isteri ditentukan oleh ibu bapa mereka. Malah dalam beberapa keadaan, sesuatu perkahwinan diatur terlebih dahulu sebelum seseorang anak itu dilahirkan. Hingga kini penglibatan ibu bapa dalam urusan perkahwinan masih tidak diketepikan. | BUDAYA | Konsep |
ZAMAN GANGSA, | ZAMAN GANGSA, kebudayaan prasejarah yang berasaskan penggunaan alat yang dihasilkan daripada tiga unsur logam utama iaitu kuprum (Cu), timah (Sn) dan plumbum (Pb). Penghasilan alat gangsa dikatakan yang terawal muncul pada Zaman Logam, yakni artifak daripada gangsa dihasilkan terlebih dahulu dan kemudiannya diikuti dengan penggunaan alat besi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |