Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terletaknya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DOWNING STREET

Downing Street, di Westminster, London

ialah tempat terletaknya kediaman rasmi Perdana

Menteri United Kingdom dan Canselor Exchequer.

UMUM 
SAVAGE

Savage ialah sebatang sungai di pergunungan

barat laut Tasmania, Australia. Di sinilah terletaknya

lombong bijih besi yang mengeluarkan hasil

secara besar-besaran. Bijih besi gred rendah yang

dikenali sebagai magnetit dikeluarkan daripada

lombong dedah berhampiran sungai. Magnetit itu

ditumbuk menjadi debu, dan zarah besi

dikeluarkan daripadanya dengan menggunakan

magnet. Air ditambah dan sluri dipam sejauh 87

kilometer melalui saluran paip ke Port Latta. Di situ,

bijih besi dibentuk menjadi penabur yang

diameternya kira-kira satu sentimeter, dan

dikeraskan melalui proses pemanasan. Hampir

2 286 000 tan metrik penabur dipunggah setiap

tahun ke dalam kontena besar untuk dieksport ke

Jepun.

UMUM 
SIKKIM

Sikkim ialah negeri yang terletak di timur laut

India. Ia terbentang di bahagian timur Himalaya.

Di sinilah terletaknya gunung yang tertinggi di

India dan yang ketiga tertinggi di dunia, iaitu

Gunung Kanchenjunga. Sikkim ialah negeri kedua

terkecil di India.

UMUM 
MINNEAPOLIS

Minneapolis (pend. 368 383) ialah bandar

terbesar di negeri Minnesota, Amerika Syarikat dan

merupakan pusat kewangan, industri, perdagangan,

dan pengangkutan yang utama di Midwestern. Di

bandar ini terletaknya University of Minnesota, iaitu

salah satu universiti terbesar di Amerika Syarikat.

Minneapolis terletak di tenggara Minnesota dan di

barat St. Paul, iaitu “bandar kembar.

UMUM 
MURABITUN, KERAJAAN

Murabitun, Kerajaan merupakan satu

daripada kerajaan Islam yang muncul dalam

lingkungan masa di antara tahun 448 hingga 541 H.

bersamaan tahun 1056 hingga 1147 M., di sebelah

barat laut benua Afrika. Beberapa kabilah iaitu

Sanhajah, Lamtunah, Masufah dan Jadalah al-

Barbariyyah telah bersatu pada abad ketiga Hijrah.

bersamaan abad kesembilan Masihi. Antara tujuan

penyatuan ini adalah untuk berusaha menyusun

urusan perdagangan antara kafilah-kafilah yang

melalui padang pasir – iaitu di antara bahagian

utara terletaknya wilayah Walata dengan bahagian

selatan terletaknya kerajaan Ghana. Namun,

penyatuan ini tidak dapat bertahan lama, malah ia

menjadi lemah dan seterusnya runtuh. Ghana telah

mengambil peluang di sebalik keruntuhan ini dan

menjadi semakin berpengaruh. Seterusnya, Ghana

berjaya menguasai beberapa bahagian di padang

pasir yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang

Barbar dan Arab.

UMUM 
NICARAGUA

Nicaragua ialah negara terbesar di Amerika

Tengah mengikut ukuran keluasan. Ia merentang

dari Lautan Pasifik ke Laut Caribbean. Lebih kurang

tiga per lima daripada penduduk negara ini tinggal

di kawasan yang subur yang menghadap Lautan

Pasifik. Di kawasan ini terletaknya Managua, ibu

negara dan bandar terbesar Nicaragua.

UMUM 
SAN DIEGO,

San Diego, California (pend. 1 110 549; pend. kaw.

met. 2 498 016) ialah salah satu pusat pangkalan

udara dan aeroangkasa yang utama di Amerika

Syarikat. Ia terletak di sudut barat daya California, di

sempadan Amerika Syarikat-Mexico. Bandar raya ini

meliputi kawasan seluas 1020 kilometer persegi,

termasuk 181 kilometer persegi perairan

pedalaman. Di sini terletaknya pusat pentadbiran

Kaunti San Diego.

UMUM 
KAMPUNG HULU

KAMPUNG HULU,  kampung petempatan orang Melayu dan terletaknya Masjid Kampung Hulu. Kampung ini terletak di tengah-tengah bandar Melaka, terpisah dari Kampung Jawa dan Jalan Bunga Raya oleh Sungai Melaka. Kawasan kampung ini tidak luas iaitu dari Masjid Kampung Hulu hingga ke Dewan Hang Tuah. Sempadan di utaranya ialah Jalan Kubu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
ANDERSON, ELIZABETH GARRETT

Anderson, Elizabeth Garrett (1836–1917)

merupakan doktor perintis wanita Inggeris. Selepas

menerima penentangan yang hebat, dia berkelayakan

menjadi doktor pada tahun 1865. Pada tahun 1870, dia

memperoleh ijazah perubatan di University of Paris.

Selama hampir 30 tahun, dia merupakan satu-satunya

ahli wanita British Medical Association. Dia

merupakan ketua jabatan London School of

Medicine for Women selama 20 tahun. Anderson

lahir di London, tempat terletaknya sebuah hospital

yang mengambil sempena namanya.

UMUM 
DIALEK MELAYU DI PULAU SAYONGDIALEK MELAYU DI PULAU SAYONG, satu ragam dialek Melayu yang mempunyai ciri linguistik tersendiri yang dituturkan di Mukim Sayong, dan beberapa kawasan lain di sekitar daerah Kuala Kangsar, Perak. Mukim Sayong ini terletak berhampiran Sungai Perak, dan di mukim inilah terletaknya bandar diraja Kuala Kangsar. Oleh sebab nama Kuala Kangsar itu lebih dikenal umum, maka sejak kebelakangan ini, nama dialek Melayu Kuala Kangsar lebih sering digunakan untuk merujuk ragam dialek Melayu yang dituturkan di kawasan ini berbanding penggunaan nama dialek Melayu Pulau Sayong (DMPS).BAHASABahasa

Kembali ke atas