REVOLUSI 1848 | Revolusi 1848 melibatkan satu siri pemberontakan yang berlaku di Perancis, Jerman, dan Empayar Austria, termasuklah sebahagian Itali. Punca-punca tercetusnya revolusi ini termasuklah desakan untuk menubuhkan kerajaan berperlembagaan; semangat nasionalisme yang meningkat di kalangan bangsa Jerman, Itali, Hungary, dan Czech; dan juga tentangan kaum petani terhadap sistem manor (sistem pemilikan tanah oleh kaum bangsawan) di bahagian Jerman dan Empayar Austria (lihat Manorialisme ). | UMUM | |
MITCHISON, NAOMI | Mitchison, Naomi (1897–1999) ialah penulis British yang popular dengan beberapa novelnya yang menceritakan kisah purba Yunani dan Mesir. Novelnya terkenal kerana gaya penulisannya sungguh berkesan. Novelnya termasuklah When the Bough Breaks (1924), dan Black Sparta (1928). Karya popularnya yang lain termasuklah The Corn King and the Spring Queen (1931), sebuah karya fantasi sejarah. Karyanya yang terkemudian termasuklah Don’t Look Back (1969), What Do You Think Yourself (1982), Not By Bread Alone (1983), dan Among You Taking Notes (1985). Nama sebenarnya ialah Naomi Margaret Haldane, dan lahir di Edinburgh, Scotland. Dia mendapat pendidikan di Oxford University. | UMUM | |
ZAMAN PRASEJARAH | Lebih dikaitkan dengan zaman permulaan kehidupan terawal mahkluk dunia termasuklah mansuia dan haiwan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
SINUS | Sinus ialah rerongga di dalam badan sesuatu makhluk, termasuklah manusia. Apabila digunakan sendirian, kata sinus itu secara umum merujuk kepada ruang yang lompong yang berisi udara yang terletak di bahagian hadapan tengkorak. Tengkorak manusia terdiri daripada empat kumpulan sinus. Doktor kadangkala menamakan keempat-empat kumpulan sinus ini sebagai sinus paranasal, kerana sinus ini bersambung dengan rerongga nasal. Setiap kumpulan sinus ini mendapat namanya daripada tulang-tulang tengkorak yang menempatkan sinus tersebut. | UMUM | |
STATISTIK PENTING | Statistik penting ialah satu rekod peristiwa paling asas bagi manusia, termasuklah butiran kelahiran, perkahwinan, perceraian, penyakit, dan kematian. Statistik penting bagi menunjukkan perubahan yang berlaku pada penduduk sesebuah negara, negeri, atau provinsi atau masyarakat setempat. | UMUM | |
NEWFOUNDLAND | Newfoundland (pend. 568 474) merupakan provinsi Kanada yang paling baru. Provinsi ini termasuklah pulau Newfoundland dan pantai Labrador , sebahagian daripada tanah besar Kanada. Newfoundland menjadi sebuah provinsi Kanada pada tahun 1949. St. John merupakan ibu provinsi dan bandar yang terbesar di Newfoundland . Bandar yang sibuk ini adalah antara komuniti yang tertua di Amerika Utara. Ketam, udang karang dan kekapis hidup di sepanjang pantai Newfoundland. | UMUM | |
PERLINDUNGAN DATA | Perlindungan data ialah menyelamatkan maklumat elektronik yang tersimpan dalam komputer. Perlindungan data termasuklah: (1) perlindungan sah hak awam untuk melihat maklumat yang mungkin ada dalam pangkalan data komputer, dan (2) perlindungan daripada kecurian, kerosakan perisian (program) dan data yang tersimpan dalam ingatan komputer. Jenis kedua perlindungan data dikenali juga sebagai keselamatan data . | UMUM | |
EPIGRAM | Epigram ialah puisi lucu ringkas, atau pepatah yang tajam maksudnya. Ciri-ciri pentingnya termasuklah kemampatan, kehalusan, keseimbangan, dan kejelasan. | UMUM | |
SUNTIKAN HIPODERMIK | Suntikan hipodermik ialah satu kaedah untuk memasukkan ubat ke bawah kulit. Peralatan untuk suntikan ini termasuklah picagari dan jarum yang berongga. Picagari adalah tiub yang disambungkan dengan perocok. Jarum yang digunakan mempunyai hujung yang tajam untuk memudahkannya dicucukkan ke dalam kulit. Doktor menyambungkan jarum ini dengan tiub picagari, memasukkan ubat cecair ke dalam picagari dan kemudian mencucukkan jarum ke kulit pesakit. Kemudian, doktor tersebut akan menekan perocok untuk menolak ubat keluar melalui jarum. Jarum berongga ini dicipta pada tahun 1844 oleh Francis Rynd, doktor Ireland. Charles Pravaz, doktor Perancis pula mencipta picagari logam pertama yang praktikal pada tahun 1853. Lihat Picagari. | UMUM | |
DEJONG, MEINDERT | DeJong, Meindert (1906–1991) ialah penulis buku cerita kanak-kanak. Hasil karyanya yang terkenal termasuklah The Wheel on the School (1954) dan Journey from Peppermint Street (1968). | UMUM | |