PERJANJIAN PANGKOR (1874), perjanjian yang ditandatangani antara pihak British dengan Raja Abdullah, Ngah Ibrahim, pembesar-pembesar Hilir Perak, ketua puak Hai San dan ketua puak Ghee Hin. Perjanjian ini ditandatangani pada 20 Januari 1874 di Pulau Pangkor, Perak. Perjanjian Pangkor termeterai ekoran perebutan takhta kerajaan Perak dan kekacauan antara dua puak pelombong Cina, iaitu puak Ghee Hin dan puak Hai San.
Thanks for clicking. That felt good.