Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.muat] | ترموات

Definisi : dimasukkan atau disiarkan (dlm akhbar dll): cerita jenaka yg ~ dlm buku ini adalah sebahagian sahaja drpd cerita jena-ka rakyat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.muat] | ترموات

Definisi : telah dimasukkan atau disiarkan dlm surat khabar, majalah dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muat (adjektif)
Bersinonim dengan ada ruang, dapat diisi, tidak sempit, tidak ketat, tidak sendat;,
Kata Terbitan : memuatkan, termuat, muatan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KERANDA 152KERANDA 152, antologi puisi yang mengandungi karya 33 penyair. Daripada jumlah tersebut, seramai 24 orang terdiri daripada penulis bebas dan sembilan orang siswa dari Universiti Malaya. Jumlah kesemua sajak yang termuat dalam antologi ini ialah 38 buah yang dihasilkan pada awal tahun 1967.SASTERAKarya
KEHIDUPAN DUNIA AKHIRAT

KEHIDUPAN DUNIA AKHIRAT, majalah yang terbit di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Majalah ini dicetak oleh Al-Islamiah Press di Singapura bagi keluaran pertamanya pada 17 September 1935, di bawah pimpinan Mohd. Ali Abduh. Majalah ini diterbitkan secara bulanan pada tiap-tiap pertengahan bulan setebal 28 halaman dan berukuran 26 cm x 38 cm. Majalah ini memuatkan penulisan rencana dan sastera yang bersifat keagamaan. Tulisan yang termuat dalam majalah ini berusaha memupuk dan membentuk minda masyarakat Melayu supaya lebih berorientasi keagamaan, di samping mempertingkatkan nilai moral dan takwa mereka.

SASTERAPenerbitan

Kembali ke atas