Major, John (1943– ), menjadi perdana menteri United Kingdom pada tahun 1990. Dia memegang jawatan tersebut selepas anggota Parti Konservatif di Parlimen memilihnya sebagai pemimpin parti. Dia menggantikan Margaret Thatcher sebagai perdana menteri dan juga pemimpin parti tersebut. Major menjadi perdana menteri United Kingdom yang termuda sejak tahun 1894, iaitu ketika berumur 47 tahun. Di bawah pimpinannya, United Kingdom memainkan peranan yang penting dalam Perang Teluk Parsi tahun 1991 (lihat Perang Teluk Parsi ). |