MUSTERING | Mustering ialah proses menghimpunkan biri-biri dan lembu. Ia adalah aktiviti penting di ladang ternak yang besar di Australia dan New Zealand. Mustering biasanya dilakukan oleh individu yang dikenali sebagai musterer, apabila ia perlu dibilang atau apabila ia akan dijual atau disembelih atau apabila biri-biri perlu dicukur bulunya. Mustering adalah kerja yang lama dan sukar, terutamanya di ladang ternak yang besar di barat laut Australia. Ramai pemilik ladang ternak menggunakan kapal terbang ringan untuk mengesan haiwan ternakan mereka. | UMUM | |
SHANGRI-LA | Amalan pindah ternak di kalangan sebahagian orang Sherpa, Gunung Himalaya. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Konsep |
KOBOI | Koboi ialah orang yang membantu menjaga sekawanan besar lembu untuk pemilik ladang ternak. Di Amerika Syarikat, koboi menjadi masyhur pada zaman sempadan Barat dahulu. Reputasi kerana berani menghadapi bahaya dan kesusahan menjadikan mereka wira kepada banyak orang Amerika. Kisah-kisah yang menyeronokkan tentang kehidupan koboi, nyanyian koboi yang merawan hati, dan bahasa koboi yang berwarna-warni semuanya telah menjadi sebahagian daripada cerita rakyat Amerika. Kebanyakan novel, pertunjukan wayang gambar, dan televisyen yang paling popular adalah tentang koboi. | UMUM | |
MAKANAN TERNAKAN | Makanan ternakan ialah istilah bagi makanan yang diberikan kepada haiwan ternakan. Makanan pelawas (makanan kasar) yang digunakan termasuk kacang soya, kacang duduk, dan tumbuh-tumbuhan padang rumput ternak seperti rumput dan alfalfa. Sesetengah tumbuh-tumbuhan ini dikeringkan dan diberikan kepada haiwan ternakan sebagai rumput kering. Penternak sering mengawet keseluruhan pokok jagung dan lain-lain tanaman, dan menggunakannya sebagai makanan ternakan yang dikenali sebagai silaj . Bijian jagung, betari atau barli boleh dikisar dan dicampurkan dengan bahan lain untuk membuat satu lagi makanan ternakan. | UMUM | |
KLOVER | Klover ialah tanaman yang berharga yang digunakan sebagai makanan haiwan ternakan dan untuk memperkaya tanah. Ia mengandungi banyak protein dan mineral. Klover digunakan sebagai rumput ternak, dan untuk membuat rumput kering, dan silaj. | UMUM | |
PAGAR POKOK | Pagar pokok ialah jaluran pokok renek atau pokok kecil yang ditanam rapat-rapat untuk dijadikan sempadan. Peladang di sesetengah negara menanam pokok renek sebagai pagar untuk mencegah haiwan ternak daripada merayau- rayau atau untuk mencegah haiwan liar daripada memasuki ladang. | UMUM | |
THISTLE | Thistle ialah nama yang diberi kepada sekumpulan tumbuhan yang mempunyai spina dan duri tajam. Thistle adalah rumpai yang mengganggu. Ia tumbuh di banyak bahagian di dunia. Thistle yang paling biasa adalah thistle menjalar , thistle lembing, thistle halus, dan thistle Scotland . Thistle tumbuh di padang rumput ternak, ladang bijian dan ladang rumput kering, dan di sepanjang jalan, tempat tanah subur. Thistle yang paling mengganggu, iaitu thistle menjalar, adalah tumbuhan saka, yang tumbuh tahun demi tahun tanpa ditanam semula. Tiga spesies lagi adalah tumbuhan dwitahunan yang tumbuh selama dua tahun sahaja. | UMUM | |
ARCHER | Archer ialah keluarga penjelajah dan penternak yang menguasai sejarah perintisan di selatan dan tengah Queensland, Australia. Kira-kira pada tahun 1841, sembilan orang adik-beradik Archer menubuhkan syarikat Archer Brothers di daerah Teluk Moreton. Mereka ialah David, William, Charles, John, Thomas, Colin, James, Archibald dan Alexander. Kesemuanya adalah ahli keluarga berbangsa Scotland. Mereka bersama-sama mengendalikan lima ladang ternak biri-biri dan lembu. | UMUM | |
OVENBIRD | Ovenbird ialah dua jenis burung Amerika yang membuat sarang berbentuk kubah. Rufous Ovenbird di kawasan tropika dan Amerika Selatan adalah burung oak thrush berwarna perang kemerahan yang membuat sarang bulat daripada lumpur berbentuk seperti ketuhar kuno pembuat roti. Nama lain yang biasa digunakan bagi burung ini ialah honero yang bermakna pembuat roti dalam bahasa Sepanyol. Rufous Ovenbird membuat sarang di desa lapang, biasanya di tiang pintu pagar di padang ternak lembu yang luas, di pampas (padang rumput Amerika Selatan). | UMUM | |
RUMPUT KIKUYU | Rumput kikuyu ialah spesies rumput Afrika yang dinamakan demikian sempena nama kawasan Kikuyu di Kenya, Afrika Timur. Rumput ini disukai peladang di seluruh kawasan tropika Afrika dan di Australia kerana ia adalah tumbuhan rumput ternak yang tahan lasak yang boleh hidup pada musim panas yang panjang, kering. | UMUM | Umum |