Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.pa.ca/] | ترڤاچق

Definisi : 1. telah dipacakkan, terpancang: dicabutnya turus pagar yg ~ itu; 2. ki terdiri tegak, terpancang, terpaku: ia melewati kedua-dua orang pengawal yg ~ spt tiang tiada bergerak-gerak itu; dia sudah nampak Bedah ~ di tepi pantai; 3. ki tepat: dia mesti berada di Kelab Golf jam lima ~ . (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.pa.ca/] | ترڤاچق

Definisi : 1 telah dipacakkan; terpancang: Kayu-kayu yg ~ di tebing sungai itu telah hanyut dibawa arus. 2 berdiri tegak (tidak bergerak-gerak); terpaku: Kelihatan beberapa orang pengawal ~ di hadapan penjara itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pacak (kata nama)
Bersinonim dengan pancang, cerucuk, pucik, tonggak, tiang, cagak, tunggul, penunggul, rancang, bagan, sembuang, ranjau, sungga, suda;,
Kata Terbitan : memacak, memacakkan, terpacak,

Puisi
 

Anak Cina sanggul terpacak,
     Mati dibunuh Seri Rama;
Adik laksana buah masak,
     Bau semerbak ke mana-mana.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
THEREMIN

Theremin ialah alat muzik berbentuk kotak yang

serupa dengan alat penerima radio. Nada muzik

dihasilkan oleh dua litar elektronik frekuensi tinggi

di dalam alat berkenaan. Pemain alat ini

menghasilkan muzik dengan menggerakkan

tangan kanannya di udara di hadapan antena yang

terpacak pada alat muzik tersebut. Pemain

mengawal nada bunyi dengan menggunakan suis

dan menggerakkan tangan kirinya ke atas lingkaran

logam di atas theremin. Lev Theremin, ahli sains

Rusia, mencipta alat ini dan memainkannya buat

pertama kali di khalayak ramai pada tahun 1920.

Theremin adalah semata-mata satu keanehan

muzik, tetapi ia telah digunakan sebagai alat solo.

Penggubah muzik untuk theremin termasuk

Bohuslav Martinu dan Edgard Varèse.

UMUM 

Kembali ke atas