Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.pa/.sa] | ترڤقسا

Definisi : dipaksa, mesti, tidak boleh tidak: mahu tidak mahu, kami ~ bermalam di situ; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.pa/.sa] | ترڤقسا

Definisi : tidak ada pilihan lain; tidak boleh tidak; mesti: Pd zaman dahulu, orang-orang yg pergi naik haji ~ menunggang unta dr Judah ke Mekah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
paksa
Kata Terbitan : memaksa, memaksa-maksa, memaksakan, terpaksa, paksaan, pemaksaan,

Peribahasa

Seberat-berat beban,
     laba jangan ditinggalkan.

Bermaksud :

Meskipun terpaksa mengerjakan sesuatu pekerjaan yang berat namun keuntungan jangan dilepaskan.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TEKNOLOGI

Teknologi merujuk kepada semua cara manusia

menggunakan rekaan dan penemuan mereka untuk

memenuhi keperluan dan keinginan mereka. Sejak

manusia wujud di bumi, mereka terpaksa bekerja

untuk mendapatkan makanan, pakaian, dan tempat

berteduh. Manusia juga terpaksa bekerja untuk

memenuhi keinginan masa lapang dan keselesaan

mereka. Sepanjang zaman, manusia mereka alat,

mesin, bahan, dan teknik untuk menjadikan kerja

lebih mudah. Manusia juga menemui kuasa air, kuasa

elektrik, dan lain-lain sumber kuasa yang

meningkatkan kadar kerja mereka. Oleh itu, teknologi

melibatkan penggunaan alat, mesin, bahan, teknik,

dan sumber kuasa untuk menjadikan kerja lebih

mudah dan lebih produktif. Komunikasi moden dan

pemprosesan data juga bergantung pada teknologi,

terutamanya elektronik.

UMUM 
KOS LEPAS

Kos lepas ialah faedah yang terpaksa dilepaskan kerana tidak memilih barang atau perkhidmatan yang kedua terbaik.

EKONOMI DAN PENGURUSANKonsep
NEKTAR

Nektar ialah cecair manis yang dikeluarkan oleh

kebanyakan bunga. Serangga terbang dari bunga

ke bunga untuk menghisap nektar. Kelenjar nektar

biasanya terletak di bahagian bawah bunga, dan

serangga terpaksa mengesat debunga untuk

sampai ke nektar. Serangga membawa debunga

dari tumbuhan ke satu tumbuhan. Lebah

mengumpul nektar, dan menukarkannya menjadi

madu.

Lihat juga Lebah (Membuat madu).

UMUM 
REKAAN

Rekaan ialah penciptaan suatu alat, proses atau

produk yang baharu. Hasil rekaan membolehkan

kita mengawal persekitaran dan hidup dengan

lebih selesa, lebih mudah dan lebih gembira. Jika

kita tidak boleh mereka cipta, kita terpaksa

bergantung pada iklim dan bumi sepenuhnya.

Rekaan telah membolehkan manusia hidup dalam

persekitaran yang penuh dengan rintangan dan

membina sebuah masyarakat yang bertamadun.

UMUM 
MESIN JAHIT

Mesin jahit ialah mesin yang menggunakan

jarum untuk mencantumkan kain dengan benang.

Mesin jahit meringankan kerja rumah dan

membantu keluarga mendapatkan pakaian yang

lebih baik dan murah berbanding dengan

perbelanjaan yang terpaksa dikeluarkan. Di

kilang, mesin jahit membantu pengeluaran pakaian

secara besar-besaran.

UMUM 
SEWA MATI

SEWA MATI, sistem sewa yang tetap dan tidak boleh diubah dalam pembahagian hasil tanaman.  Jika perlu, penyewa terpaksa menyerahkan semua hasil tanaman atau terpaksa membeli daripada sumber lain untuk mencukupkan jumlah sewa yang telah ditetapkan.  Di sesetengah tempat, sistem sewa mati ini dikenal juga dengan nama sistem pajak.

BUDAYASistem
MAKARIOS III

Makarios III (1913–1977) ialah paderi Ortodoks

Yunani yang menjadi presiden pertama Cyprus

pada tahun 1959. Pada bulan Julai 1974, dia

digulingkan oleh tentera Cyprus di bawah

pimpinan pegawai-pegawai Yunani. Dengan itu, dia

terpaksa meninggalkan negara tersebut. Dia

kembali ke Cyprus pada bulan Disember 1974 dan

sekali lagi menjadi presiden sehingga dia

meninggal dunia pada tahun 1977. Semasa

Makarios tidak menjadi presiden, tentera Turki

telah menawan sebahagian besar bahagian timur

laut Cyprus.

UMUM 
PYRAMUS DAN THISBE

Pyramus dan Thisbe adalah sepasang kekasih

dalam legenda purba. Pyramus dan Thisbe hidup

berjiran di Babylon. Mereka jatuh cinta, tetapi

ditentang oleh ibu bapa kedua-dua pihak. Mereka

tidak dibenarkan berkahwin ataupun bergaul

sesama sendiri. Mereka terpaksa bercakap

melalui rekahan dinding di antara rumah mereka.

UMUM 
M. RAMLAN

M. RAMLAN (1928-    ), ahli bahasa Indonesia. Dia lahir pada 10 Mac 1928 di Kampung Nusukan, Surakarta, Jawa Tengah, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Muhammed Ramlan. Dia menerima pendidikan awal di Hollandsche Inlandsche School (HIS) Muhammadiyah di Surakarta. Semasa dalam Kelas Dua, dia terpaksa berpindah ke Christalijke Vervolg School kerana masalah pengangkutan. Pada tahun 1939, dia melanjutkan pelajarannya ke sekolah guru Muallimin Muhammadiyah, Surakarta hingga tamat pengajiannya pada tahun 1944. Disebabkan masalah kewangan, dia tidak dapat meneruskan pelajarannya ke sekolah yang lebih tinggi dan terpaksa bekerja sebagai guru di Madrasah Ibtidaiyah di daerah Wanagiri, Surakarta, Jawa Tengah.

BAHASATokoh
TEROWONG APENNINE


Terowong Apennine ialah terowong kereta api

di landasan Florence-Bologna di Itali. Untuk

lokasinya, lihat Itali (peta fizikal). Ia sepanjang 18.5

kilometer dan menjadikannya terowong kereta api

terpanjang di dunia. Terowong ini dibina antara

tahun 1920 hingga tahun 1934. Para pekerja

terpaksa menghadapi pelbagai rintangan semasa

melakukan kerja-kerja mengorek, termasuklah gas

asli dan air. Bagi mempercepatkan kerja

pembinaan dan pada masa yang sama, sebuah syaf

diletakkan di tengah untuk membolehkan pekerja

mengorek lubang dari bahagian tengah.

UMUM 
1234

Kembali ke atas