KELDAI | Keldai ialah nama yang diberi kepada keldai baka jinak. Keldai liar di utara dan timur laut Afrika adalah leluhur kepada keldai. Keldai liar kelihatan seperti kuda belang tetapi tidak berbelang, kecuali kadangkala pada kakinya. Keldai tingginya lebih kurang 1.2 meter pada paras bahu. Bulunya berwarna kelabu dengan garis lebih gelap di sepanjang belakangnya. Ciri-ciri lain haiwan ini adalah telinga yang panjang, tapak kaki yang kecil, dan bulu yang panjang di hujung ekornya. Pembiak baka terpilih menghasilkan keldai yang berbeza-beza saiz, warna dan bulunya. | UMUM | |
RAJA LOPE RASHID | RAJA LOPE RASHID (1909- ), anggota Skuad Pertama Kompeni Percubaan Askar Melayu. Dia lahir pada 1 Julai 1909 di Teluk Anson, Perak. Nama sebenarnya ialah Raja Lope Nor Rashid bin Raja Abdul Rahman. Dia mendapat pendidikan awal di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Public School, Magdalan College, Oxford, England. Raja Lope adalah seorang kerabat diraja yang terulung menceburkan diri dalam bidang ketenteraan moden tanah air. Dia adalah salah seorang daripada 25 anak Melayu yang terpilih menyertai Skuad Pertama Kompeni Percubaan Askar Melayu di Port Dickson pada 1 Mac 1933. Dia juga salah seorang daripada dua anggota Kompeni Percubaan terulung yang diberikan pangkat lans koperal. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MUSAFIR | MUSAFIR , novel karya Hassan Ali. Novel ini memenangi tampat kedua Peraduan Mengarang Novel Dewan Bahasa dan Pustaka 1958. Novel ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1959, dan terpilih sebagai teks sastera sekolah menengah. Hingga tahun 1993, Musafir telah diulang cetak sebanyak 13 kali. 1"> | SASTERA | Karya |