BURUNG WILLIY WAGTAIL | Burung williy wagtail adalah antara burung Australia yang paling banyak tersebar. Burung ini hidup di taman, kawasan terbuka, dan kawasan cerah di hutan. | UMUM | |
ORANG KURDISTAN | Orang Kurdistan ialah kaum yang mendiami kawasan pergunungan di barat daya Asia. Tanah air mereka tersebar luas merangkumi sebahagian daripada kawasan di Armenia, Iran, Iraq, Syria, dan Turki. Bilangan orang Kurdistan di kawasan ini tidak dapat dipastikan, tetapi dianggarkan berjumlah kira-kira 20 juta orang. Sebahagian besar orang Kurdistan ialah pengikut Sunni. Mereka bertutur bahasa Kurdistan, iaitu sejenis bahasa Indo-Eropah yang berkait rapat dengan bahasa Parsi. | UMUM | |
MCCARTHYISME | McCarthyisme ialah istilah yang digunakan untuk pertuduhan dan penyiasatan yang tersebar luas terhadap kegiatan Komunis yang disyaki di Amerika Syarikat pada akhir tahun 1950-an. | UMUM | |
SESIUM | Sesium ialah unsur logam lembut, berwarna keperakan. Garam sesium larut, seperti sesium karbonat dan sesium klorida, tersebar banyak dalam kepekatan rendah dalam air garam dan air mineral. Ahli sains Jerman, Robert Bunsen dan Gustav Kirchhoff mengesan sesium pada tahun 1860. Pada tahun 1882, ahli kimia Carl Setterberg mengasingkan logam tulen. | UMUM | |
QU YUAN | Qu Yuan (340?–278? S.M.) ialah pemuisi agung serta patriotik pada zaman purba di China. Sajaknya tersebar luas di dunia pada pertengahan tahun 1900-an. | UMUM | |
TIN | Tin ialah buah yang telah ditanam lebih daripada 4000 tahun dahulu. Ia mungkin berasal dari barat daya Asia, kemudian tersebar ke kawasan Mediterranean . Dokumen orang Yunani, Rom, dan Mesir purba memerikan kepopularannya sebagai makanan. | UMUM | |
PURITAN | Puritan ialah anggota satu gerakan agama dan sosial pada tahun 1500-an dan tahun 1600-an. Gerakan ini bermula di England dan tersebar di Amerika, yang amat berpengaruh dalam institusi sosial, politik, dan agama. Mazhab-mazhab agama seperti Kongresionalisme dan Unitarianisme berkembang daripada kepercayaan Puritan. | UMUM | |
GERAKAN SENI DAN KRAF | Pergerakan seni gunaan yang pengaruhnya berkait dengan seni reka bentuk dalaman dan seni bina. Pergerakan abad ke-19 ini tersebar luas di Britain dan Amerika. Ia memberi penekanan terhadap kraf dan mutu reka bentuk yang tinggi bagi menghasilkan objek-objek dan peralatan kegunaan harian. | KEJURUTERAAN | Peristiwa |
AEROSOL | Aerosol ialah campuran zarah dan gas yang amat kecil. Zarah-zarah ini mungkin titisan cecair atau cebisan kecil bahan pepejal. Zarah-zarah ini terapung (tersebar) dalam gas. Awan dan kabus ialah aerosol yang berlaku secara semula jadi. Tin semburan deodoran dan semburan rambut mengeluarkan aerosol apabila digunakan. | UMUM | |
MAHABHRATA | Mahabharata, karya epik yang sangat terkenal di India, dan telah malah tersebar hingga ke Nusantara. | SASTERA | Karya |