KATEDRAL NOTRE DAME | Katedral Notre Dame ialah katedral yang terkenal di Paris. Ia tersergam di Île de la Cité, pulau kecil di Sungai Seine, di tengah-tengah Paris. Katedral ini didedikasikan kepada Notre Dame, penghargaan Perancis untuk Our Lady, Virgin Mary. Katedral ini merupakan salah satu daripada contoh seni bina Gothik yang paling cantik. | UMUM | |
AVEBURY | Avebury, sebuah kampung di tengah-tengah Wiltshire, terkenal sebagai tapak beberapa struktur prasejarah paling lama di England. Kampung ini terletak di Sungai Kennet, 11 kilometer ke barat Marlborough. Di sana tersergam sebuah bulatan tanah besar yang membentuk sebahagian daripada kubu Zaman Besi. Avebury mempunyai batu-batan dalam bentuk bulatan kira-kira 305 meter lebar. Kebanyakan batunya kira-kira dua meter tinggi, tetapi ada yang setinggi enam meter. Bukit Silbury yang terletak berhampiran adalah tumulus (anak bukit tiruan) yang terbesar di Eropah. | UMUM | |
OLD BAILEY | Old Bailey ialah nama biasa bagi Mahkamah Jenayah Pusat di London. Bangunan mahkamah ini terletak di Jalan Old Bailey. Jalan ini dahulunya membentuk sebahagian daripada bailey (laman dalam) antara Ludgate dengan Newgate. Bangunan ini siap dibina pada tahun 1907. Ia tersergam di atas tapak penjara Newgate. Bumbung kubahnya yang dihiasi patung keadilan memegang sebilah pedang dan dacing merupakan salah satu tarikan yang terkenal di bandar raya London. | UMUM | |
SENI BINA ROMANESQUE | Seni bina Romanesque ialah gerakan seni bina yang biasa terdapat di Eropah Barat dari kira- kira pada tahun 800-an M. hingga tahun 1100-an M. Seni bina Romanesque berkembang menjadi beberapa gaya kedaerahan termasuk Aquitaine, Brittany, Burgundy, Ile-de-France, Norman, dan Provence. Bangunan Romanesque selalunya terasing dari beberapa bandar yang dibangunkan pada masa itu. Ciri bangunannya yang besar tersergam, terhasil daripada tuntutan terhadap pertahanan dan keselamatan yang diperlukan bagi lokasi demikian. | UMUM | |
SURAH FUSSILAT | Surah Fussilat ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-41 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 54 ayat. Surah ini dinamakan Fussilat (yang diperincikan) kerana Allah S.W.T. memperincikan penerangan melalui ayat-ayatnya. Surah ini menjelaskan bukti kekuasaan dan keesaan Allah S.W.T. serta membawa keterangan yang tepat bagi menunjukkan kewujudan dan keagungan-Nya. Surah ini juga menyatakan tentang kejadian alam yang indah tersergam yang menggambarkan ketinggian dan kebesaran kuasa Allah S.W.T.. Surah ini diturunkan selepas Surah Ghafir. Lihat Surah Ghafir. | UMUM | |
BIERSTADT, ALBERT | Bierstadt, Albert (1830–1902) ialah salah seorang daripada pelukis landskap romantik Amerika yang terkemuka. Dia mula-mula melihat pemandangan yang indah di Barat Amerika pada tahun 1859 semasa menyertai ekspedisi tinjauan. Dia membuat lakaran pada ketika itu juga dan mengambil gambar yang kemudian dilukis menjadi panorama besar Pergunungan Barat. Hanya sedikit berasaskan kepada lakarannya dan foto, lukisan Bierstadt mengungkapkan landskap yang tersergam indah, yang diperhebat dengan penggunaan pencahayaan yang dramatik. Bierstadt menerima 25 000 dolar Amerika untuk sebuah lukisan, harga yang paling tinggi yang pernah dibayar bagi lukisan di Amerika pada masa itu. Walau bagaimanapun, reputasinya merosot di akhir kerjayanya. Pada hari ini, terutama lukisannya yang lebih kecil, kembali popular disebabkan timbulnya minat baru terhadap pergerakan romantik tahun 1800-an. | UMUM | |
BOLIVIA | Bolivia ialah negara yang terletak berhampiran dengan bahagian tengah Amerika Selatan. Ia tidak mempunyai pantai dan justeru itu, ia berhadapan dengan sekatan pengangkutan yang semula jadi. Di barat Bolivia, tersergam Pergunungan Andes yang hebat dan agung, berlitup an salji, mengelilingi sebuah penara yang tinggi lagi kering. Sebuah dataran tanah pamah yang luas, meliputi kawasan utara dan timur Bolivia. Hutan hujan tropika tumbuh subur di bahagian utara dataran itu, dan padang rumput dan paya berselerak merentasi sebahagian besar kawasan timur. Sebahagian besar bukit bukau terletak di antara pergunungan Andes dan dataran tanah pamah ini. | UMUM | |