Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ta.nam] | ترتانم

Definisi : 1. sudah ditanam (ditanamkan), termasuk ke dlm, terbenam: baru ia bertum­pu hendak melompat maka ~ ke bumi hing­ga lehernya; 2. ki tersemat di hati: apabila ~nya iman dan terlaksananya usaha utk men­dirikan masyarakat...; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tanam
Kata Terbitan : bertanam, menanam, tertanam, penanam,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
POMPEII

Pompeii ialah kota purba di Itali yang telah lenyap

selepas letusan Gunung Vesuvius pada tahun 79 M.

Beratus-ratus tahun lamanya, kota ini tertanam di

bawah lapisan abu dan batu.

UMUM 
OLIVIN

Olivin ialah mana-mana kumpulan bahan mineral

pembentuk batuan yang biasa yang mengandungi

silikon, oksigen, magnesium, dan besi. Olivin

terjadi terutamanya dalam batu igneus gelap,

biasanya sebagai timbunan hablur halus atau

hablur yang tertanam. Umumnya mineral ini

merupakan salah satu mineral pertama yang

terhablur daripada magma berwarna gelap (bahan

batuan yang telah cair).

UMUM 

Kembali ke atas