| MIR | Mir ialah damar harum yang diperah daripada pokok-pokok tertentu dan pokok renek tertentu. Mir yang dirujuk dalam Kitab Bible (Matt.2) terdapat di timur laut Afrika dan Timur Tengah. Damarnya diperah dan digunakan dalam gaharu, minyak wangi dan ubat. Satu lagi spesies mir di Timur Tengah, mir  Mekah,  adalah sumber salap Gilead. Pokok mir Afrika menghasilkan damar gam yang sama, yang dikenali sebagai bdelium dan digunakan untuk membuat varnis dan ubat.  Pengelasan saintifik. Pokok yang menghasilkan mir tergolong dalam genus Commiphora. Mir dalam Kitab Bible ialah Commiphora abyssinica; salap Gilead diperoleh daripada C. opobalsamum; mir Afrika ialah C. africana.  | UMUM |   | 
			
				| BURUJ | Buruj ialah kumpulan bintang yang boleh dilihat  di dalam kawasan tertentu di langit pada waktu  malam. Perkataan buruj juga merujuk kepada  kawasan tempat kumpulan bintang tertentu  muncul.   | UMUM |   | 
			
				| EHRLICH, PAUL | Ehrlich, Paul (1854–1915), ahli bakteria Jerman.  Dia mengasaskan kemoterapi dan membuktikan  bahawa suntikan pewarna tertentu dapat  mengubati penyakit tropika tertentu.  | UMUM |   | 
			
				| ANTIBIOTIK | Antibiotik ialah ubat yang dihasilkan oleh mikroorganisma tertentu. Bahan antibiotik diperoleh daripada bakteria dan kulat. Kebanyakan antibiotik digunakan untuk melawan pelbagai penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma yang berbahaya. Beberapa antibiotik digunakan untuk merawat kanser tertentu.  | UMUM |   | 
			
				| PUASA | Puasa ialah menahan diri daripada memakan makanan atau jenis-jenis makanan yang tertentu dalam satu tempoh waktu. Asal usul  puasa  (bukan berkaitan dengan Islam) tidak diketahui. Tetapi adat berpuasa telah menjadi amalan dalam setiap kumpulan agama utama pada sesuatu masa tertentu.  | UMUM |   | 
			
				| ORRISROOT | Orrisroot ialah  rizom  (batang bawah tanah) iris tertentu yang dikeringkan dan berbau wangi. Ia digunakan untuk memberikan bau wangi violet kepada minyak wangi. Minyak harum yang diekstrak daripada orrisroot tidak begitu meluas digunakan sebagaimana pada satu masa dahulu, kerana harganya yang tinggi dan adanya pengganti sintetik. Tetapi ia masih digunakan dalam minyak wangi tertentu yang mahal harganya. Orrisroot berasal daripada tiga spesies –  Iris florentina, Iris   germanica,  dan  Iris pallida.  Ketiga-tiga iris ini ditanam dekat Verona dan Florence di Itali; dan Grasse, di Perancis. Rizomnya digali pada musim panas, dan dikeringkan dalam cahaya matahari. Ia mengeluarkan bahan berlilin yang mengandungi minyak yang berbau seperti violet dan digunakan dalam minyak wangi. Lihat juga Iris.  | UMUM |   | 
			
				| LIGNOKAINA | Lignokaina ialah sejenis ubat untuk menahan  rasa sakit di bahagian tubuh yang tertentu.  Ubat seperti ini dinamakan anestetik setempat.  Lignokaina digunakan di dalam pembedahan  dan prosedur pergigian sebagai penyekat saraf  bahagian. Ini bermakna, ia disuntik di sekeliling  saraf yang mengawal deria rasa di bahagian tubuh  yang tertentu. Lignokaina juga digunakan dalam  salap dan semburan yang berpreskripsi ataupun  yang tidak berpreskripsi sebagai bahan anestetik  untuk kecederaan kulit yang kecil. Lignokaina  digunakan juga untuk merawat denyutan jantung  yang tidak normal.  | UMUM |   | 
			
				| TURUS PLAT | Sejenis peralatan yang terdapat dalam loji kimia. Alat ini berfungsi untuk mengendalikan proses pemisahan campuran gas atau cecair bagi menghasilkan produk pada ketulenan tertentu. Proses pemisahan yang menggunakan turus plat ialah penyulingan dan penyerapan. Di dalam turus plat terdapat sejumlah plat yang diatur di atas satu sama lain pada satu jarak yang tertentu. Jumlah plat di dalam turus bergantung pada jenis komponen dalam campuran yang perlu dipisahkan dan juga tahap pemisahan yang diperlukan. Plat-plat ini berfungsi sebagai medium penyentuh antara aliran wap yang naik ke atas dengan aliran cecair yang turun ke bawah. Kedua-dua aliran ini bersentuh secara bersilang. Aliran cecair dari plat atas mengalir ke plat bawah melalui salur penurunan dan seterusnya merentasi permukaan plat sebelum mengalir melalui salur....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum | 
			
				| PENYELESAIAN DIPLOMATIK | Penyelesaian masalah tertentu melalui rundingan diplomatik. | UNDANG-UNDANG | Konsep | 
			
				| WAKTU SOLAT | Satu tempoh tertentu yang ditetapkan bagi orang Islam untuk menunaikan kewajipan ibadat solat fardu dan sebilangan solat sunat.  | FIZIK | Konsep |