Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ulung
Kata Terbitan : terulung, keulungan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
POPE, ALEXANDER

Pope, Alexander (1688–1744) ialah penyair

Inggeris yang terulung pada awal tahun 1700-an.

Satira puisinya yang dianggap sangat indah

mencemuh pelbagai bentuk kebodohan manusia.

Karyanya yang lucu tetapi penuh sindiran

menjadikannya penulis yang paling digeruni di

England pada zamannya.

UMUM 
NICKLAUS, JACK

Nicklaus, Jack (1940– ) ialah pemain golf

Amerika, antara pemain terulung dalam sejarah sukan

ini. Nicklaus pemain pertama memenangi keempat-

empat gelaran golf yang utama sekurang-kurangnya

dua kali. Dia memenangi Terbuka British pada tahun

1966, 1970, dan 1978. Terbuka Amerika Syarikat pada

tahun 1962, 1967, 1972, dan 1980; kejohanan U.S.

Masters pada tahun 1963, 1965, 1966, 1972, 1975, dan

1986; kejohanan U.S. Professional Golfers’ Association

(PGA) pada tahun 1963, 1971, 1973, 1975, dan 1980.

Nicklaus juga memenangi kejohanan United States

Amateur pada tahun 1959 dan tahun 1961 sebelum

menjadi pemain profesional.

UMUM 
SULLIVAN, LOUIS HENRI

Sullivan, Louis Henri (1856–1924), arkitek

Amerika yang terulung, setaraf dengan Frank Lloyd

Wright dan Henry Hobson Richardson. Pengaruh

Sullivan berkembang kualiti dan keaslian reka

bentuknya, serta tulisan perseptifnya tentang teori

seni bina. Dia adalah Ketua Sekolah Seni Bina

Chicago.

UMUM 
KAHN, LOUIS ISADORE

Kahn, Louis Isadore (1901–1974) ialah arkitek

dan guru Amerika yang terulung. Dia menjadi

terkenal kerana kemahirannya menggunakan

konkrit dan bata.

UMUM 
OSLER, SIR WILLIAM

Osler, Sir William (1849–1919), doktor Kanada dan

salah seorang pendidik perubatan yang terulung.

Salah satu sumbangan Osler yang paling dikenali

dalam dunia perubatan ialah pembentukan sebuah

klinik di Johns Hopkins Hospital di Baltimore,

Maryland, Amerika Syarikat. Klinik ini menjadi model

bagi pendidikan perubatan moden di Amerika

Syarikat. Osler begitu cenderung menggunakan

“pesakit sebagai teks”, dan dia menyempurnakan

kaedah pengajaran dengan menggalakkan penuntut

melibatkan diri dalam merawat pesakit dan belajar

seni rawatan amali di sisi pesakit.

UMUM 
AUGUSTINE, SAINT

Augustine, Saint (354–430) merupakan salah

seorang pemimpin awal gereja Kristian yang

terulung. Hasil tulisannya mempunyai pengaruh

yang kuat kepada pemikiran agama Kristian pada

Zaman Pertengahan. Idea Augustine juga diambil

oleh John Calvin, Martin Luther dan reformis

Protestan lain dalam ucapan-ucapan mereka.

Dia mempengaruhi ahli falsafah seperti

Immanuel Kant dan Blaise Pascal.

UMUM 
THUTMOSE III

Thutmose III (memerintah dari tahun 1490 S.M.–

1436 S.M.), dianggap sebagai antara firaun terulung

zaman Mesir purba. Dia juga dikenal sebagai

Thothmes III. Thutmose menggantikan ayahnya,

Thutmose II, tetapi telah diketepikan oleh ibu

tirinya, Ratu Hatshepsut. Selepas kematian

Hatshepsut, Thutmose III memerintahkan supaya

nama ibu tirinya dipadamkan daripada semua tugu

dan patung.

UMUM 
O'NEILL, EUGENE GLADSTONE

O’Neill, Eugene Gladstone (1888–1953),

dianggap penulis skrip drama Amerika yang

terulung. Dia menjadi dramatis Amerika yang

pertama menulis kisah tragedi secara konsisten.

O’Neill menerima Hadiah Nobel dalam bidang

kesusasteraan pada tahun 1936. Empat daripada

karya dramanya memenangi Hadiah Pulitzer–

Beyond the Horizon pada tahun 1920; Anna

Christie pada tahun 1922; Strange Interlude pada

tahun 1928; dan Long Day’s Journey into Night

pada tahun 1957.

UMUM 
MOZART, WOLFGANG AMADEUS

Mozart, Wolfgang Amadeus (1756–1791)

ialah penggubah muzik Austria, dianggap antara

genius muzik yang terulung dan paling kreatif

sepanjang zaman. Bersama-sama Joseph Haydn,

Mozart merupakan penggubah stail klasik yang

terkemuka pada akhir tahun 1700-an. Mozart

meninggal dunia sebelum hari jadinya yang ke-36,

tetapi dia meninggalkan lebih daripada 600

gubahan.

UMUM 
PERSATUAN BADMINTON MALAYSIA

Persatuan Badminton Malaysia (Badminton

Association of Malaysia-BAM) ialah salah satu

persatuan sukan yang terulung di Malaysia.

Persatuan ini mula bergerak aktif sebelum Perang

Dunia I. BAM ditubuhkan secara rasmi pada 11

November 1934 atas cadangan J.F. Jerlin, bapa

kepada dua pemain pasukan Piala Uber Amerika

yang melawat Malaya antara tahun 1929 dan tahun

1931.

UMUM 
12

Kembali ke atas