Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : terumbu yg terjadi drpd batu karang (biasanya kelihatan ketika air surut dan boleh mem­bahayakan kapal). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
karang (kata kerja)
1. Bersinonim dengan tulis: catat, coret, reka, cipta, sunting, nukil,

2. Bersinonim dengan gubah: susun, cucuk, atur,

Kata Terbitan : mengarang, terkarang, karangan, pengarang,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ATOL BIKINI

Atol Bikini ialah atol terpencil (terumbu karang

cincin) yang terletak di barat laut gugusan

Kepulauan Marshall di Lautan Pasifik.

UMUM 
IKAN RAMA-RAMAIkan rama-rama ialah ikan berwarna-warni yang
tinggal di sekeliling terumbu karang di laut tropika,
subtropika, dan sederhana
UMUMUmum
TERUMBU SAWAR BESAR

Terumbu Sawar Besar ialah kelompok

terumbu karang yang terbesar di dunia. Terumbu

ini menganjur di sepanjang pantai timur laut

Australia (lihat Australia [peta rupa bumi]).

Terumbu Sawar Besar bukan sawar berterusan

tetapi terdiri daripada beribu-ribu terumbu

berasingan yang bertaburan. Terumbu tersebut

telah tersenarai dalam Senarai Khazanah Dunia

yang disusun oleh UNESCO (United Nations

Educational, Scientific and Cultural Organization –

(Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) kerana saiznya

yang unik dan tumbuh-tumbuhan dan ikannya yang

pelbagai. Hampir kesemua terumbu di perairan

Australia kini terletak dalam Taman Marin

Terumbu Sawar Besar, iaitu taman marin terbesar

di dunia. Kawasannya seluas lebih kurang 350 000

kilometer persegi.

UMUM 
POHNPEI

Pohnpei ialah pulau yang terbesar di Kepulauan

Caroline timur. Pohnpei (juga dieja Ponape) terletak

di kawasan barat Lautan Pasifik, iaitu 1207

kilometer di tenggara Guam. Untuk lokasi, lihat

Kepulauan Pasifik (peta). Pulau yang terdiri

daripada batu gunung berapi yang dikelilingi

terumbu karang ini luasnya 334 kilometer persegi.

Lebih kurang 20 000 orang penduduk tinggal di

sini.

UMUM 
ATOL

Atol ialah lingkaran bulat karang di laut lepas yang

terbina di atas tebing yang tenggelam, atau

terbentuk di atas kawah gunung berapi yang telah

tenggelam di bawah permukaan laut. Umumnya

satu lapisan tanah yang nipis terlekat di atas

terumbu karang, dan ditumbuhi tumbuh-tumbuhan.

Tumbuh-tumbuhan tropika hidup subur di atas atol,

dan ia menjadi pulau karang. Atol mengepungi

kolam atau lagun yang cetek. Satu saluran atau lebih

biasanya menghubungkan lagun kebanyakan atol

dengan laut di sekelilingnya, di bahagian hadap

angin. Atol ditemui terutamanya di Lautan Pasifik.

Lihat juga Karang .

UMUM 
TAMAN NEGARA

Taman negara ialah kawasan yang disimpan

oleh kerajaan sesebuah negara untuk melindungi

keindahan alam semula jadi, hidupan liar atau ciri-ciri

luar biasa yang lain. Taman negara juga

melindungi kawasan-kawasan yang penting dari

segi budaya, sejarah, atau sains. Sesetengah taman

melindungi keseluruhan persekitaran seperti

terumbu karang, padang pasir, padang rumput,

banjaran gunung, atau hutan hujan.

UMUM 
TERUMBU

Terumbu l ihat Atol; Karang.

UMUM 
AKAR BAHARAkar bahar ialah karang berwarna-warni
berbentuk pipih bak kipas. Ia mempunyai rangka
yang kuat dan fleksibel yang bercabang untuk
membentuk selirat. Akar bahar sebenarnya terdiri
daripada koloni haiwan karang individu yang
dikenali sebagai polip. Polip ini tumbuh daripada
tisu lembut yang meliputi rangka. Akar bahar biasa
terdapat di terumbu dan  perairan cetek di
sepanjang pantai Florida, Amerika Syarikat dan
Hindia Barat. Ia sering berwarna merah, kuning,
jingga, atau ungu terang.
UMUMUmum
TARAWA

Tarawa (pend. 24 598) ialah ibu negara Kiribati,

sebuah negara yang terdiri daripada pulau-pulau

kecil di barat daya Lautan Pasifik. Tarawa ialah atol

(terumbu yang berbentuk cincin) yang terdiri

daripada banyak pulau batu karang kecil yang

meliputi kawasan seluas 23 kilometer persegi.

UMUM 

Kembali ke atas