Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terung

Puisi
 

Terung ini terung di Jeddah,
     Tiada bercabang cantik lagi;
Tenung ini tenung penyudah,
     Tiadakan balik lagi.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Bagai terung terantuk ke dinding.

Bermaksud :

Datang berkunjung sebentar saja.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KHATIJAH TERUNGHATIJAH TERUNG (1885-1955), penulis Indonesia. Dia lahir di Pulau Penyengat, Riau, Indonesia. Dia lebih dikenal sebagai wanita yang mempunyai kehebatan dalam ilmu polong berbanding sebagai penulis. Nama timbangan ‘Terung’ kepada Khatijah diberi oleh suaminya, Raja Haji Abdullah kerana kulit Khatijah yang cerah laksana terung putih. Semenjak itu, perkataan terung sudah menjadi sebati dengan Khatijah, sehinggakan wanita itu dikenal sama ada Khatijah Terung atau Mak Terung.SASTERATokoh
HIKAYAT TERUNG PIPITHIKAYAT TERUNG PIPIT, sastera lisan. Hikayat Melayu yang mempunyai pengaruh Jawa ini terkenal di sebelah utara Semenanjung, iaitu di Kedah dan Perlis.SASTERAKarya
ULAMULAM, daun-daun dan buah-buahan yang dimakan mentah bersama-sama nasi dan sambal belacan.  Di Indonesia, ulam disebut ‘lalap’.  Daun-daun yang dimakan sebagai ulam seperti ulam raja, pegaga, daun salam, aring-aring dan kaduk.  Pucuk betik, bebuas, gajus, putat dan kedondong juga boleh dijadikan ulam.  Ulam jenis sayur ada yang dimakan mentah seperti timun, kubis, kacang panjang, kacang botol, cili dan buah-buahan seperti petai, jering, kerdas dan ada yang direbus seperti peria dan terung.BUDAYAMakanan

Kembali ke atas