Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj permainan dgn menggunakan daun pakau; ~ keling sj permainan terup; daun ~ daun pakau; main (bermain) ~ bermain (ber­judi dll) dgn daun terup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terup I

Puisi
 

Kalau kalah main terup,
     Makan buah mengupas kulit;
Berkuah sama menghirup,
     Bersambal sama mencolek.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERMAINAN DAUN TERUP

Permainan daun terup ialah permainan yang

melibatkan nasib atau kemahiran menggunakan

kepingan kadbod yang nipis dan bujur. Setiap kad

atau daun terup ini mempunyai gambar atau tanda

yang tertentu. Beratus-ratus jenis permainan boleh

dimainkan menggunakan daun terup. Beberapa

orang pemain boleh mengambil bahagian, tertakluk

kepada jenis permainan. Permainan <i> patience, i> atau

<i> solitaire, i> dimainkan oleh seorang pemain sahaja.

Permainan <i> casino i> biasanya dimainkan oleh dua

orang pemain. <i> Cribbage i> atau <i> pinochle i> boleh

dimainkan oleh dua, tiga atau empat orang.

Permainan <i> bridge i> atau <i> whist i> memerlukan empat

orang pemain, manakala permainan <i> canasta i>

memerlukan dua hingga enam orang pemain <i> . Poker i>

pula boleh dimainkan oleh seramai sepuluh orang

pada satu-satu masa.

UMUM 
PINOCHLE

Pinochle ialah sejenis permainan yang

menggunakan daun terup yang dibungkus khas

yang mengandungi 48 kad. Terdapat empat

sut daun terup, yang setiap satunya terdiri

daripada 12 kad. Dua kad daripada setiap sut daun

itu mempunyai angka daripada sembilan hingga

kepada sat. Sat ialah daun yang mempunyai

kedudukan paling tinggi, diikuti dengan daun 10,

raja, permaisuri, pekak J, dan 9.

UMUM 
PATIENCE

Patience ialah permainan terup yang dimainkan

oleh seorang pemain. Patience biasanya

dimainkan dengan menggunakan satu set 52

keping daun terup.

UMUM 
KAD

Kad lihat Permainan daun terup.

UMUM 
PAKAU

Pakau ialah permainan terup, iaitu pemain-

pemain bertaruh berdasarkan kad yang mereka

peroleh atau berharap untuk diperoleh.

UMUM 
PERJUDIAN

Perjudian ialah pertaruhan ke atas hasil sesuatu

permainan, peristiwa, atau kejadian secara

kebetulan. Penjudi atau pemain biasanya bertaruh

duit terhadap ramalan yang dibuat. Pertaruhan

dibuat pada permainan menguji nasib seperti

loteri, daun terup, dadu, lumba kuda, tinju, dan

acara sukan yang lain.

UMUM 
STAMP ACT

Stamp Act (Akta Setem). Parlimen British

meluluskan Stamp Act pada bulan Mac 1765. Tujuan

diadakan akta ini adalah untuk mendapatkan dana

bagi menyokong tentera British yang berpangkalan

di Amerika Utara. Akta itu menetapkan bahawa

orang Amerika mesti membeli setem untuk urusan

surat perjanjian, pinjaman perumahan, lesen

minuman keras, lesen undang-undang, bermain

terup, dan almanak. Bahkan pemilik akhbar dan

penerbit terpaksa membeli setem untuk penerbitan

mereka.

UMUM 

Kembali ke atas