AZHAR MOHD. SIMIN (1939 - ), ahli bahasa. Azhar lahir pada 20 Jun 1939 di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jalan Stoney dan Sekolah Rendah Jalan Raja Muda. Selepas itu, dia melanjutkan pelajaran menengahnya di Victoria Insitution, sebelum memasuki Maktab Tentera di Port Dickson. Pada tahun 1959, Azhar melanjutkan pelajaran di Kirkby College, Liverpool, England untuk mengikuti kursus perguruan dalam bidang pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (TESL). Setelah tamat pengajiannya di Kirkby College, dia menjadi guru bahasa Inggeris di Sekolah Menengah St. Gabriel, Kuala Lumpur selama lima tahun.
Thanks for clicking. That felt good.