Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tés.ti.mo.ni] | تيستيموني

Definisi : (téstimoni) pernyataan rasmi oleh saksi kpd mahkamah undang-undang utk membuktikan kebenaran sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tés.ti.mo.ni] | تيستيموني

Definisi : /téstimoni/ pernyataan rasmi oleh saksi kpd mahkamah utk membuktikan kebenaran sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata testimoni


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAKSI

Saksi ialah orang yang memberi testimoni

semasa prosiding kehakiman, perundangan atau

pentadbiran. Testimoni ini diberi sesudah saksi

mengangkat sumpah, atau sekiranya agama saksi

melarang amalan mengangkat sumpah, saksi

bolehlah berikrar berkata benar. Orang yang

menandatangani surat cara undang-undang,

contohnya surat wasiat atau surat ikatan, yang

disempurnakan di hadapan saksi, juga merupakan

saksi.

UMUM 
SEPINA

Sepina ialah perintah undang-undang bertulis

atau writ , untuk hadir sebagai saksi dan memberi

testimoni di dalam mahkamah. Perkataan tersebut

berasal daripada dua perkataan Latin, iaitu sub ,

yang bermakna di bawah , dan peona yang

bermakna denda atau penalti . Seseorang yang

menerima sepina hendaklah mematuhinya,

dengan pengertian dia akan menerima penalti

kerana penghinaan mahkamah. Ayat dalam bahasa

Latin yang berbunyi The subpoena duces tecum

(bermakna membawa bersama-sama anda dengan

penalti ) menghendaki seseorang itu membawa ke

mahkamah barang-barang tertentu seperti kertas,

buku, rekod kewangan, atau dokumen yang lain.

Lihat juga Saksi .

UMUM 
KETERANGAN

Keterangan ialah maklumat yang cuba

membuktikan atau menidakkan fakta yang

dipersoalkan. Keterangan boleh mengandungi

dokumen, rekod awam, atau testimoni saksi.

Keterangan juga boleh berupa objek, seperti

senjata pembunuhan yang kewujudannya atau

kehadirannya dapat memberikan maklumat tentang

fakta yang menjadi persoalan.

UMUM 

Kembali ke atas