Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.tap] | تتڤ

Definisi : 1. selalu berada di tempatnya, tidak berpindah-pindah, tidak bergerak, tidak ber­ganjak: di dlm kursus sains ini kelak kita akan menemui benda-benda hidup yg tinggal ~ tidak bergerak beberapa lama; 2. tidak utk sementara: jawatan ini adalah ~ dan ber­­pencen; 3. tidak putus-putus, terus-menerus, selalu: dunia masih ~ berharap bahawa segala kejayaan Rusia di angkasa lepas itu hendaknya benar-benar dilakukan utk tujuan-tujuan damai; 4. tidak berke­sudahan, kekal selama-lamanya, lestari, abadi: kita di dunia ini tidak akan ~, mati juga akhirnya; 5. tidak berubah-ubah (keadaannya dll), selalu demikian halnya dll, sama (ke­adaannya): harga getah dan timah bergan­tung pd pasaran dunia dan oleh sebab itu tidak ~; 6. sudah pasti, tentu, mesti: gedung itu ~ akan dirasmikan pd hari itu; 7. teguh berpegang pd (pendirian, kepercayaan, keya­kin­an­nya, dll): dia ~ tidak mahu berdamai; 8. tidak berubah lagi (niat, keputusan, dll): niatnya utk menunaikan fardu haji sudah ~; ~ hati teguh hati, tabah hati; menetap tinggal dgn tetap (di), bermukim (di), duduk (di): ~lah mereka di sana utk membuka tanah, meneroka hutan utk dijadikan kampung; menetapi 1. menepati atau memenuhi (janji dll), menunaikan (niat, kaul, dll): dlm janji digaduhkan sampai janji ditetapi; 2. meme­nuhi (kewajiban, tanggungjawab, dll), men­jalankan (perintah), mematuhi; menetapkan 1. membuat supaya tetap (tidak goyah dll), menjadikan tetap (kekal, lestari, dll), mengekalkan: mereka hendak ~ apa yg telah ada; 2. menjadikan tetap (tidak utk sementara), melantik (menerima) sbg pegawai tetap: setelah berkhidmat selama satu tahun, Hamidah telah ditetapkan dlm jawatannya; 3. memberi kepastian (ketentu­an), memastikan, menentukan: harinya mesti­lah ditetapkan utk membicarakan kes itu; 4. membuat keputusan, memutuskan: kami ~ hendak memberi bantuan kpd dua orang murid sahaja; 5. menjadikan tetap (tidak berubah-ubah keadaannya dsb): ~ harga; 6. memilih (melantik, mengangkat) jadi: mesyuarat telah ~ dia jadi wakil rom­bongan tersebut; 7. meneguhkan (hati, janji, dll): oleh itu ia telah ~ hatinya sedia hendak menghadapi untung nasib; 8. memperkuat, memperkukuh: fakir itu tinggal di negeri Samudera ~ akan agama Islam isi negeri itu; mempertetap, mempertetapkan menjadi­kan lebih tetap: ampun tuanku beribu-ribu ampun pertetapkan juga hati tuanku; ketetapan 1. perihal tetap, kepastian, ke­ten­tuan: apa yg sedang berlaku dlm masya­ra­kat kita bukanlah drpd ajaran Islam, malah jauh menyimpang drpd ~ hukum-hukum Islam; 2. keputusan, ketentuan, pertimbang­an: Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu akan mengambil satu ~ menyeru supaya semua pihak tidak berkeras dlm krisis Timur Tengah; 3. surat pengangkatan (per­lantikan); 4. keteguhan (hati, kemahuan, dll), kekukuhan, kecekalan: kemahuan dan ~ hati akan mencapai suatu cita-cita yg mulia; ~ pajak Id taksiran pajak (cukai dll); penetapan 1. perihal menetapkan, pemas­tian, penentuan: ~ bahasa Melayu sbg Bahasa Kebangsaan; 2. perihal menetapkan (harga, keadaan, dsb); 3. pelantikan (jawatan dll), pengangkatan; 4. pelaksanaan (kewajib­an dll), penunaian (janji dll); 5. keputusan (pendapat dll); penetap sesuatu yg digunakan utk menetap­kan (menyelaraskan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.tap] | تتڤ

Definisi : menetap mengeringkan (air mata dll) dgn kain dll, mengelap (dakwat, air, dll), mengesat: ditetapnya air matanya dgn sapu tangan; penetap sesuatu yg dipakai utk menetap; kertas ~ kertas kembang, kertas lap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.tap] | تتڤ

Definisi : tatap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.tap] | تتڤ

Definisi : 1 tidak berpindah atau tidak berganjak dr tempatnya: Orang tua­nya ~ tinggal di kampung, tidak mahu berpindah ke tempat lain. 2 tidak berubah-ubah keadaannya atau halnya; selalu demikian halnya: Sekali merdeka ~ merdeka. 3 kekal sepanjang masa atau kekal utk selama-lamanya: Moga-moga persahabatan kita ~ hingga ke akhir hayat. 4 sudah pasti; tentu; mesti: Mesyuarat tsb ~ akan diadakan pd hari itu. 5 bukan utk sementara waktu: Jawatan ini ~ dan berpencen. 6 ki teguh berpegang pd kepercayaannya, pendapatnya dll: Dia ~ tidak mahu berdamai dgn musuhnya. menetap duduk atau tinggal dgn tetap di sesuatu tempat: Ada yg pulang ke kampung halamannya dan ada juga yg ~ di kota. menetapi memenuhi atau menunaikan janji dll: Dia tidak pernah ~ janjinya. menetapkan 1 menentukan; memastikan: Mereka telah ~ hari utk membincangkan perkara tsb. 2 mengambil atau membuat keputusan ttg sesuatu perkara; memutuskan: Kami ~ hendak memberikan bantuan kpd kanak-kanak yg miskin saja. 3 membuat supaya tetap; menjadikan tetap; me­ngekalkan. ketetapan 1 sesuatu yg sudah ditetapkan atau diputuskan; keputusan; ketentuan: Mereka telah membuat ~ utk merayu kpd pihak maji­kan supaya mengambil balik pekerja-pekerja yg dipecat dahulu. 2 keteguhan hati atau kemahuan; ketabahan hati. penetapan perbuatan atau hal menetapkan; penentuan. penetap se­suatu yg menetapkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tetap
1. Bersinonim dengan kekal
( abadi, baqa, selama-lamanya, lestari, tidak berkesudahan, )
(adjektif:)
Berantonim dengan sementara

2. Bersinonim dengan tidak putus-putus
( terus-menerus, sentiasa, selalu, tidak henti-henti, tidak habis-habis, tidak berkesudahan, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan terhenti-henti

3. Bersinonim dengan pasti
( tentu, tegas, mesti, wajib, tidak boleh tidak, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : menetap, menetapi, menetapkan, ketetapan, penetapan,

Puisi
 

Raja Sultan bersarung kuda,
     Buku siap bermain kilarnak;
Anjung yang tetap menjadi legar,
     Dipandang laut berombak tidak.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Hitam-hitam gajah,
     putih-putih udang kepai.

Bermaksud :

Yang hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang mulia itu tetap mulia walaupun hodoh rupanya. udang kepai = udang kecil untuk dibuat belacan.

 

Lihat selanjutnya...(75)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BINTANG TETAP UMUM 
JAWATANKUASA TETAP BAHASA MALAYSIA

JAWATANKUASA TETAP BAHASA MALAYSIA, badan bahasa yang berkuasa penuh dalam hal kebahasaan yang meliputi ejaan, istilah dan tatabahasa di Malaysia. Jawatankuasa tetap Bahasa Malaysia (JKTBM) ditubuhkan pada 23 Disember 1972 untuk melaksanakan penyataan bersama Malaysia-Indonesia yang ditandatangani pada 23 Mei 1972.

BAHASAInstitusi/Organisasi
PULSAR

Pulsar ialah objek di angkasa yang menghantar

letusan sinaran elektromagnet secara tetap,

terutamanya dalam bentuk gelombang radio.

Pulsar mendapat namanya daripada dedenyut yang

dipancarkan secara tetap ini.

UMUM 
SENDI

Sendi ialah tempat pertemuan dua atau lebih

tulang dalam rangka tubuh. Tempat ini dikenali

juga sebagai artikulasi . Sendi boleh jadi tetap atau

boleh bergerak . Sendi tetap ialah kelim di antara

tulang yang terletak bertentangan dengan sama

satu lain, atau dipisahkan oleh satu lapisan nipis

tisu penyambung. Apabila terhantuk atau

kemalangan, sendi ini boleh menyerap secukup

kejutan supaya tulang tidak patah. Sendi pada

kranium (meliputi otak) adalah tetap dan

melindungi otak.

UMUM 
RITMA

Ritma ialah ulangan tetap pada rentak, aksen,

atau turun naik dalam tarian, muzik, dan bahasa.

Perkataan ini berasal daripada perkataan Yunani

rhythmos , bermakna pergerakan berukur .

UMUM 
TANDA ARAS

Tanda aras ialah titik tetap dan boleh dikenali yang

terletak pada ketinggian yang diketahui. Tanda aras

biasanya adalah tanda pada objek yang wujud,

contohnya pada dinding bangunan. Dalam kes-kes

lain, juruukur mungkin memacakkan tiang konkrit ke

dalam tanah. Plat loyang di bahagian atas tiang

menjadi tanda aras.

UMUM 
SWAGMAN

Swagman ialah pekerja ladang yang tidak tetap

bekerja di satu-satu tempat di Australia pada tahun

1800-an. Mereka membawa barang-barang mereka

dalam karung yang dikenali sebagai swag, yang

biasanya terdiri daripada sehelai bluey (selimut

biru pengembara) yang digulung bersama pakaian

ganti di dalam kain tarpal (yang boleh dijadikan

hamparan).

UMUM 
MABO, KOIKI

Mabo, Koiki (1937–1992) ialah penduduk tetap di

kepulauan Torres Strait, Queensland, Australia,

yang memperjuangkan hak milik tanah Orang Asli.

Pada tahun 1982, dia bersama-sama empat orang

penduduk lain telah mula memperjuangkan

undang-undang untuk membolehkan mereka

mempunyai hak memiliki tanah tradisi mereka itu.

UMUM 
AHLI ZIMMAH

Ahli zimmah ialah orang bukan Islam yang tetap

berpegang dengan agama mereka tetapi tinggal di

dalam negara orang Islam berdasarkan perjanjian

taat setia yang diadakan antara mereka dengan

pemerintah Islam atau timbalannya.

UMUM 
PENDULUM

Peranti yang terdiri daripada satu objek terampai dari satu titik tetap yang berayun ke belakang dan ke hadapan pada kadar biasa di bawah pengaruh graviti.

FIZIKAlat/Alatan
12345678910...

Kembali ke atas