SEKOLAH MELAYU PRINCES’ ROAD, antara sekolah Melayu lelaki yang tetua di Selangor. Sekolah ini mula dibina pada tahun 1938 dalam kawasan lebih kurang 3 hektar di Princes’ Road (kini Jalan Raja Muda Abdul Aziz) Kuala Lumpur. Sekolah ini mula dibuka pada 15 Mei 1939 dan guru besar pertamanya ialah Encik Abdul Manan Dato’ Betuah. Kini, sekolah ini mempunyai empat blok termasuk kantin dan lapan unit rumah kediaman guru.
Thanks for clicking. That felt good.