THAILAND | Thailand ialah negara tropika di Asia Tenggara. Penduduk Thailand dikenali sebagai orang Thai dan kebanyakannya petani dan tinggal di kampung yang kecil. Walaupun begitu, ekonomi Thailand merupakan salah satu paling membangun di dunia, dan pusat bandarnya berkembang pesat. Hampir enam juta penduduk tinggal di Bangkok, ibu negara dan bandar raya terbesar Thailand. Thailand adalah satu-satunya negara di Asia Tenggara yang tidak pernah dijajah oleh kuasa Barat. Sejarah penduduk Thai bermula dari tahun 1238 apabila Kerajaan Sukhotai diasaskan di tempat yang kini dikenali sebagai Thailand. Sepanjang sejarahnya, negara ini dikenali sebagai Siam. Pada tahun 1939, negara ini dengan rasminya menggunakan nama Thailand. | UMUM | |
PERLIS | Perlis , negeri terkecil yang terletak di utara Semenanjung Malaysia. Negeri Perlis pada asalnya adalah salah sebuah jajahan Kesultanan Kedah. Ketika itu Perlis disempadani oleh Setul (Thailand), Songkhla ( Thailand) dan Kubang Pasu (Kedah). Perlis adalah sebuah negeri pertanian | UMUM | |
SASTERA THAILAND | Sastera yang terbina dan diwarisi oleh masyarakat Thailand. | SASTERA | Konsep |
MELAYU DI THAILAND TENGAH | MELAYU DI THAILAND TENGAH, kelompok minoriti keturunan Melayu yang mendiami kawasan tengah negara Thailand, iaitu di Ayuthia, Bangkok-Thonburi dan juga sekitarnya. Mereka adalah warganegara Thailand dan dikenal sebagai salah satu golongan Muslim Thai. Kebanyakan mereka khususnya generasi muda tidak boleh lagi bertutur bahasa Melayu. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
PHUKET | Phuket ialah pulau yang terbesar di Thailand. Ia terletak 885 kilometer ke selatan Bangkok di Laut Andaman. Phuket dihubungkan ke tanah besar oleh Jambatan Sarasin. Untuk melihat lokasi Phuket, lihat Thailand (peta). Phuket ditadbirkan sebagai wilayah Thailand . | UMUM | |
BAHASA MELAYU DI THAILAND TENGAH | BAHASA MELAYU DI THAILAND TENGAH, bahasa yang digunakan oleh pelbagai masyarakat keturunan Melayu yang terdapat di bahagian tengah negara Thai. Jumlah penduduknya mencapai angka beberapa ratus ribu orang. | BAHASA | Konsep |
PERJANJIAN AM SEMPADAN TANAH MELAYU-THAILAND | PERJANJIAN AM SEMPADAN TANAH MELAYU-THAILAND (1949), perjanjian kerjasama antara pasukan polis Tanah Melayu dengan Thailand. Perjanjian yang ditandatangani pada 1 September 1949 ini dibuat bagi mengadakan kerjasama penuh di kawasan perbatasan kedua-dua negara antara pasukan polis masing-masing untuk menentang pengganas komunis. Beberapa syarat diadakan dalam perjanjian tersebut untuk menjalankan operasi menyeberang sempadan, tangkapan dan hal-hal lain. Tujuannya bagi memudahkan matlamat mengadakan kerjasama yang rapat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
PENGAJIAN MELAYU DI THAILAND | PENGAJIAN Melayu DI THAILAND, pusat pengajian bahasa Melayu. Pengajian Melayu di Thailand merupakan pengajian sampingan bermula bersama-sama penyebaran agama Islam khususnya di bahagian selatan Thailand. Secara formalnya, pengajian Melayu di kawasan tersebut bermula di institusi pengajian agama yang dikenal sebagai sekolah pondok. Di samping mempelajari agama Islam, pelajar diwajibkan mempelajari bahasa Melayu supaya mereka dapat memahami kitab agama yang ditulis dalam tulisan Jawi. Struktur bahasa Melayu dipengaruhi struktur bahasa Arab. Setelah sistem ejaan Rumi diperkenalkan di Malaysia dan Indonesia, maka sistem tulisan Rumi mula diperkenalkan di institusi-institusi tersebut supaya pelajar dapat membaca buku-buku agama yang diterbitkan dari negara jiran iaitu Malaysia dan Indonesia. Walau bagaimanapun, tulisan Jawi lebih digemari daripada tulisan Rumi. Kegemaran ini menyebabkan kerajaan Thailand mengistilahkan ‘bahasa Melayu’ sebagai ‘Bahasa Jawi’ dalam perlembagaannya. | BAHASA | Institusi/Organisasi |
PERSATUAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA | Sebuah organisasi serantau yang bertujuan untuk menyelaras serta mempereratkan kerjasama di kalangan negara-negara anggotanya. ASEAN telah diasaskan oleh Indonesia, Filipina, Malaysia, Singapura dan Thailand pada 8 Ogos 1967 di Bangkok, Thailand. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
WAYANG PURWA KHON | Kesenian di Thailand | KESENIAN | Drama/Filem/Teater/Persembahan |