PULAU THURSDAY | Pulau Thursday terletak di Selat Tores, kira-kira 40 kilometer ke utara Cape York di Australia. Ia meliputi keluasan kira-kira 2.5 kilometer persegi. Pulau ini merupakan pusat pentadbiran Kepulauan Selat Torres. Di Pulau Thursday terdapat pejabat kerajaan, sebuah hospital, sebuah stesen radio dan telegraf dan sebuah stesen penyelidikan mutiara. Lebih daripada 2200 orang tinggal di pulau ini. Kebanyakannya adalah penduduk Kepulauan Selat Torres. Orang Eropah mula menetap di pulau ini pada tahun 1877. | UMUM | |
KHAMIS SUCI | Khamis Suci yang dikenali juga sebagai Holy Thursday diraikan pada hari Khamis semasa Minggu Suci dalam kalendar Kristian. | UMUM | |
DUIT SYILING MAUNDY | Duit syiling Maundy diberikan oleh keluarga diraja British kepada lelaki dan wanita yang tertentu pada hari Khamis Suci (Maundy Thursday), sehari sebelum Good Friday. | UMUM | |