Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tibet


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LHASA

Lhasa (pend. 105 866) ialah bandar suci dan ibu

negara Tibet. Orang Tibet menganggap kuil di

bandar itu suci. Dalai Lama, seorang pemimpin

agama dan pemerintah Tibet yang dibuang negeri,

tinggal di Lhasa sehingga tahun 1959. Pada tahun

itu, dia tinggal dalam buangan di India bersama-

sama pengikutnya selepas pemberontakan di Tibet

menentang golongan Komunis China menemui

kegagalan. Sehingga tahun 1904, orang Eropah

tidak dibenarkan masuk ke Lhasa, dan kadangkala

Lhasa dikenali sebagai Kota Larangan.

UMUM 
TIBET

Tibet ialah kawasan di sebelah selatan Asia

Tengah. Ia selalu digelar Bumbung Dunia. Gunung-ganangnya

diseliputi salji dan penaranya yang

terdedah kepada angin adalah yang tertinggi di

dunia. Gunung tertinggi di dunia, Gunung Everest,

menjulang sepanjang kawasan pergunungan di

bahagian selatan Tibet. Ka-erh, di barat Tibet

dipercayai bandar tertinggi di dunia. Ia terletak

lebih daripada 4570 meter di atas aras laut. Dasar

lembah di Tibet lebih tinggi daripada puncak

gunung di kebanyakan negara lain. Lhasa ialah ibu

negara Tibet.

UMUM 
SUNGAI BRAHMAPUTRA

Sungai Brahmaputra ialah salah sebatang

jalan air yang penting di Asia Selatan. Ia berpunca

dari utara cerun Himalaya di Tibet. Setelah

mengalir kira-kira 2700 kilometer melalui timur laut

India dan Bangladesh, ia bertemu Sungai Ganges

(Ganga) tempat ia berkongsi Delta Ganges.

Bahagian utara sungai mempunyai banyak nama. Di

Tibet, ia kadangkala dipanggil Yarlung Zangbo.

UMUM 
DALAI LAMA

Dalai Lama ialah pemimpin kerohanian orang

Tibet. Dia menjadi ketua golongan Yellow Hat,

golongan berfahaman Lama, iaitu satu cabang

fahaman Buddha.

UMUM 
SUNGAI SALWEEN

Sungai Salween, juga dikenali sebagai Salwin,

ialah sungai yang terpenting di Burma. Sungai ini

berpunca dari timur Tibet dan mengalir melalui

bahagian timur Burma ke Teluk Benggala lalu

masuk ke lautan berdekatan dengan Moulmein.

Panjang sungai ini ialah 2414 kilometer dan ia

menyaliri bahagian timur Burma serta bahagian

barat Thailand. Sebagai jalan air komersial, nilainya

tidaklah besar sebab sebahagian besar sungai ini

mengalir melalui sebuah jurang. Di bahagian hilir

sungai ini amat penting untuk pengairan tanaman.

UMUM 
SUNGAI SUTLEJ

Sungai Sutlej ialah cabang Sungai Indus yang

terpanjang, sungai utama di Pakistan. Sungai

Sutlej bermula di kawasan Penara Tibet, di barat

daya China dengan ketinggian hampir lima

kilometer di atas aras laut. Sungai ini mengalir

berlengkok-lengkok melalui Pergunungan

Himalaya, dan merentasi bahagian barat laut

India, dan terus mengalir ke arah barat daya,

melalui Punjab, Pakistan, hingga bertemu Sungai

Indus di bahagian timur, tengah Pakistan.

Panjang Sungai Sutlej ialah 1370 kilometer.

Sungai ini ialah sumber air utama bagi dataran

Punjab yang kering. Salah satu empangan yang

tertinggi di dunia, Empangan Bhakra, terletak 226

meter di atas aras sungai berhampiran Bhakra,

India. Untuk lokasi sungai, lihat Pakistan (peta

muka bumi).

UMUM 
SUNGAI INDUS

Sungai Indus ialah sungai yang terpanjang di

Pakistan. Dalam puisi purba sejarah India, sungai ini

dikenali sebagai “Raja Sungai”. Sungai ini menjadi

sumber kepada salah satu sistem saliran yang

terbesar di dunia. Sungai Indus berpunca di Tibet di

utara Pergunungan Himalaya pada ketinggian 5180

meter, mengalir ke barat dan ke barat daya

sepanjang kira-kira 2897 kilometer dan mengalir

masuk ke Laut Arab melalui beberapa muara.

UMUM 
PERGUNUNGAN ANDES

Pergunungan Andes ialah rangkaian gunung di

atas aras laut yang terpanjang di dunia.

Pergunungan ini menganjur di sepanjang seluruh

pantai barat Amerika Selatan dari Tanjung Horn ke

Panama dan Venezuela bagi jarak sejauh 7200

kilometer. Hanya pergunungan Himalaya di utara

India dan Tibet yang lebih tinggi daripada

Pergunungan Andes. Banyak puncak Andes

mencecah ketinggian melebihi 6100 meter. Ukuran

keratan rentas bahagian Andes yang paling lebar

adalah kira-kira 650 kilometer. Dalam bahasa

Sepanyol, Andes dikenali sebagai Cordillera de los

Andes , Rangkaian Pergunungan Andes.

UMUM 
BHUTAN

Bhutan ialah sebuah negara kecil dan merdeka

yang membangun di tengah Asia Selatan. Negara

ini terletak di timur Himalaya di antara India dan

Tibet.

UMUM 
TIAN SHAN

Tian Shan, juga dieja Tien Shan,ialah banjaran

gunung di Asia Tengah. Ia memanjang sejauh

2400 kilometer ke timur laut dari Pergunungan

Pamir (lihat Pamir ). Ia merentang ke barat laut

China. Tian Shan bermaksud Gunung Indah. Ia

merupakan sistem pergunungan yang tertinggi di

utara Tibet. Puncak Pobeda, setinggi 7439 meter

di atas aras laut, ialah puncaknya yang tertinggi.

Banyak sungai mengalir ke utara dari Tian Shan ke

Kyrgyzstan dan Kazakhstan, dan ke selatan

memasuki China. Sistem pergunungan ini

mempunyai beberapa glasier yang terbesar di

dunia. Jalan-jalan yang melalui genting merentas

banjaran Tian Shan. Untuk lokasi, lihat Asia (peta

rupa bumi).

UMUM 
12

Kembali ke atas