MALAIKAT | Malaikat ialah makhluk yang dijadikan daripada cahaya, tidak makan, tidak minum, tidak tidur dan tidak berkahwin, tidak menderhakai perintah Allah SWT bahkan menjalankan semua perintah-Nya dan segala kerja yang ditugaskan oleh Allah kepada mereka. Beriman kepada para malaikat merupakan rukun iman yang kedua. Tidak sah iman seseorang kecuali dia beriman kepada malaikat. | UMUM | |
KARBON MONOKSIDA | Karbon monoksida ialah gas yang tidak berwarna, tidak berbau, tidak berasa, dan sangat beracun. | UMUM | |
MALNUTRISI | Malnutrisi ialah suatu keadaan tidak sihat yang disebabkan oleh makanan yang tidak berzat, makanan yang tidak sesuai, atau tubuh yang tidak dapat menyerap atau menggunakan zat makanan. Malnutrisi primer berlaku apabila tubuh mendapat terlalu banyak makanan, tidak memperoleh makanan yang cukup atau mendapat makanan yang tidak sesuai. Malnutrisi sekunder berlaku apabila, disebabkan penyakit, tubuh tidak boleh menggunakan zat makanan walaupun zat makanan itu terdapat dalam sesuatu makanan. | UMUM | |
ASKAR YANG TIDAK DIKENALI | Askar yang tidak dikenali. Selepas Perang Dunia I (1914–1918), pegawai negara-negara Berikat menemui banyak mayat askar yang tidak dapat dikenali. Kerajaan Belgium, Perancis, Great Britain, Itali, dan Amerika Syarikat mengambil keputusan memberikan suatu bentuk penghormatan sebagai tanda mengingati askar ini. Setiap kerajaan memilih satu simbol yang mewakili askar mereka yang tidak dikenali, mengebumikan sisa mayat itu di dalam atau berhampiran dengan ibu negara dan membina satu tugu peringatan untuk mengenang jasa askar tersebut. Belgium menempatkan askar yang tidak dikenali di sebuah kawasan perkuburan di dasar Colonnade of the Congress di Brussels. Perancis pula mengebumikan askar yang tidak dikenalinya di bawah Arc de Triomphe di Paris dan menyalakan obor di atas makam tersebut. | UMUM | |
ORANG GASAR | Orang gasar atau Barbarian, ialah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan orang yang tidak bertamadun atau tidak berpendidikan. Ia berasal daripada perkataan Yunani barbaros , yang pada mulanya hanya bermaksud orang yang bertutur dalam bahasa yang tidak difahami oleh orang Yunani purba. Tetapi tidak lama kemudian perkataan ini juga membawa maksud bukan- Yunani atau orang asing. | UMUM | |
KARBON TETRAKLORIDA | Karbon tetraklorida ialah cecair yang jernih, tidak berwarna yang tidak terbakar. Industri menggunakannya untuk melarutkan minyak dan getah. | UMUM | |
DEPOSISI | Deposisi keterangan daripada saksi yang tidak dapat hadir ke mahkamah. Saksi memberi keterangan bukti dengan bersumpah di hadapan pegawai kehakiman. Saksi tidak hadir di mahkamah kerana saksi sebenarnya tidak dapat hadir ataupun kedua-dua belah pihak telah bersetuju saksi tidak perlu hadir di mahkamah. | UMUM | |
KEBERKECUALIAN | Keberkecualian ialah pendirian rasmi kerajaan yang tidak menyertai mana-mana peperangan. Negara yang tidak mengambil bahagian, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dikatakan sebagai berkecuali. | UMUM | |
SEMBELIT | Sembelit ialah keadaan apabila usus tidak membuang bahan sisa semudah biasa. Orang yang sembelit tidak dapat membuang air besar dengan teratur, dan mungkin berasa sakit atau usus besarnya lemah. Mereka mungkin berasa pening kepala dan sakit tulang belakang. Sembelit boleh disebabkan oleh otot usus yang lemah atau kontraksi otot usus yang kuat tidak tetap. Sembelit juga boleh berlaku apabila seseorang sering mengambil julap atau tidak mengambil jenis makanan tertentu secukupnya, terutama makanan yang mengandungi serat. Sembelit juga boleh menimbulkan sakit yang tisu atau saraf usus, seperti ketumbuhan yang menyekat menjejaskan sebahagian usus kecil. | UMUM | |
TIDUR | Tidur ialah keadaan rehat dan tidak sedar terhadap apa-apa yang berlaku di sekeliling dalam tempoh tertentu. Tidur tidak sama dengan koma kerana orang yang tidur mudah terjaga. Manusia atau haiwan yang sedang tidur boleh terjaga dengan cepat, misalnya, akibat bunyi bising atau cahaya lampu yang terang. Semua manusia dan beberapa jenis haiwan mesti mempunyai jumlah tidur yang cukup dalam sehari pada sela masa yang tetap. Apa yang berlaku semasa tidur. Apabila seseorang itu tidur, semua aktiviti menurun dan otot berehat. Denyutan jantung dan kadar pernafasan menjadi perlahan. Orang itu, perlahan-lahan menjadi tidak sedar terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya. | UMUM | |