Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SASTERA KANAK-KANAK

SASTERA KANAK-KANAK,  bentuk sastera Melayu yang dihasilkan  bagi bahan bacaan kanak-kanak dalam lingkungan umur dua hingga 12 tahun.  Penggolongan ini dibahagikan pula kepada kanak-kanak yang tahu membaca, pada peringkat prasekolah (2-6 tahun) dan kanak-kanak pada peringkat sekolah rendah (6-12 tahun).  Kanak-kanak dalam lingkungan usia ini mempunyai minat dan kecenderungan yang berbeza, pencapaian berbahasa yang tidak sama dan keupayaan yang tidak setara.  Justeru, kanak-kanak pada peringkat prasekolah amat berminat membaca buku sastera kanak-kanak yang banyak ilustrasi dan kurang teksnya.  Sementara kanak-kanak pada peringkat sekolah rendah pula gemar kepada buku sastera yang bertambah banyak teks dengan ilustrasi yang semakin berkurang.

SASTERAKonsep
BAHASA MELAYU PADA PRASASTI DI SEMENANJUNG

BAHASA Melayu PADA PRASASTI DI SEMENANJUNG, bahasa Melayu yang terpahat pada prasasti yang ditemui di Semenanjung Tanah Melayu. Sebenarnya prasasti berbahasa Melayu yang ditemui di Semenanjung tidak banyak jumlahnya, jika dibandingkan dengan yang terdapat di Sumatera.

BAHASAKonsep
KESUSASTERAAN SCOTLAND

Kesusasteraan Scotland berbeza daripada

kesusasteraan di kebanyakan negara lain kerana

dihasilkan dalam tiga bahasa iaitu Gaelik, Scotland,

dan Inggeris. Sebelum tahun 1100-an kebanyakan

orang Scotland berbahasa Gaelik, tetapi selepas

itu bilangan yang bertutur bahasa Gaelik

berkurangan. Sehingga tahun 1600-an, tidak ramai

pemuisi Gaelik menghasilkan karya mereka. Puisi

Gaelik yang diketahui merupakan kesusasteraan

yang penting. Pada zaman awal, ketua klan

mengekalkan penyair semasa meraikan kejayaan

mereka berburu atau berperang. Kebanyakan

penyair terkemudian menulis perihal pembuangan

negeri dan pengisahan. Lihat Bahasa Gaelik dan

Kesusasteraan Gaelik.

UMUM 
JAJAHAN

JAJAHAN,   wilayah yang diletakkan secara khusus di bawah pemerintahan sesebuah negeri.  Perkataan jajahan hanya digunakan sekali-skala dalam teks awal yang berbahasa Melayu seperti Sejarah Melayu.  Pada zaman Kesultanan Melaka, jajahan telah mengetepikan wilayah yang tidak ditadbir secara langsung seperti Siak, Inderagiri dan Kampar.  Ketiga-tiga wilayah tersebut telah diperintah oleh beberapa orang raja yang dilantik oleh kerajaan pusat di Melaka dan hanya dikenal sebagai tanah atau negeri.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
DIALEK MELAYU BACANDIALEK MELAYU BACAN, dialek yang dituturkan di Pulau Bacan di sebelah selatan Pulau Ternate, Maluku Utara. Lebih kurang 6000 orang di Kecamatan Labuha dan dua kampung yang lain berbahasa Bacan sebagai bahasa ibunda mereka. Pada tahun 1914, dua orang sarjana Belanda, N, Adriani dan A.C. Kruijt, menganggap dialek itu sesuatu bahasa dan menggolongkan ‘bahasa’ itu dengan beberapa bahasa di Kepulauan Sula, walaupun mereka sendiri tidak pernah melakukan penelitian lapangan tentang varian itu.BAHASABahasa
MUHAMMAD RAKAWI YUSUF

MUHAMMAD RAKAWI YUSUF (  ?  -1936), penulis dan pengasas gerakan nasionalisme Sarawak. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Selain namanya, dia juga dikenal sebagai ’Master Rakawi’ kerana kebolehannya berbahasa Inggeris, satu kelebihan yang jarang-jarang dimiliki oleh orang Melayu di Sarawak semasa zaman pemerintahan Brooke.

SASTERATokoh
PALAS PASEMAH

PALAS PASEMAH, tempat penemuan prasasti berbahasa Melayu kuno tentang kerajaan Sriwijaya.  Palas Pasemah terletak berhampiran daerah Kalianda, Lampung Selatan, Sumatera SeIatan, Indonesia.  Penemuan prasasti ini berlaku pada tahun 1958.  Prasasti ini dipercayai dibuat pada akhir abad ke-7.  Catatan pada prasasti Palas  Pasemah tidak dapat dipisahkan daripada prasasti Kota Kapur dan· prasasti Karang Brahi.  Ketiga-tiga prasasti ini diletakkan dalam kerangka tiga prasasti lainnya yakni prasasti Kedukan Bukit, Talang Tuo dan Telaga Batu, yang juga merupakan sumber yang dapat mengungkapkan sejarah kerajaan Sriwijaya.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
DIALEK MELAYU AMBONDIALEK MELAYU AMBON, bahasa pertama dan bahasa utama di Pulau Ambon dan Sertam serta pulau-pulau lain di sekitarnya. Jumlah penuturnya tidak kurang daripada 200 ribu orang. Selain jumlah penutur ini, terutamanya di Maluku Tengah, sekurang-kurangnya 300 ribu orang lain menggunakan dialek Ambon sebagai bahasa perhubungan sehari-hari. Bahkan, mungkin di Maluku Tengah itu terdapat lebih ramai orang yang gemar berdialek Melayu Ambon daripada yang gemar berbahasa IndonesiaBAHASABahasa

Kembali ke atas