Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PLATIPUS

Platipus ialah satu daripada hanya dua mamalia

yang membiak dengan bertelur. Satu lagi mamalia

yang bertelur ialah ekidna atau tenggiling berduri.

Platipus juga sering dikenali sebagai paruh itik

kerana mempunyai muncung yang lebar, leper,

dan tidak berbulu yang menyerupai paruh itik.

UMUM 
TARSIER

Tarsier ialah mamalia kecil yang mempunyai

kepala yang bulat dan mata yang luar biasa

besarnya bak mata burung hantu. Seperti manusia

dan beruk, tarsier tergolong dalam order primat

(lihat Primat ). Tarsier hidup di Indonesia dan

Filipina. Telinganya besar dan ekornya panjang,

kurus dan tidak berbulu. Kaki depannya pendek

dan kaki belakangnya panjang yang membantunya

melompat dari dahan ke dahan tempat tinggalnya.

Kesemua jari tangannya yang panjang dan

kebanyakan jari kakinya mempunyai kuku, tetapi

jari kakinya yang kedua dan ketiga mempunyai

cakar. Tarsier tidak boleh menggerakkan matanya.

Tetapi ia boleh memusingkan kepalanya hampir

kesemua arah. Tarsier membesar kira-kira sebesar

tikus. Ekornya boleh tumbuh sehingga 25

sentimeter panjangnya. Namanya berasal daripada

tulang tarsus yang panjang pada kakinya. Tarsier

tidur pada siang hari dan bergerak dari pokok ke

pokok pada malam hari, memakan serangga, siput,

dan cicak kecil.

Pengelasan saintifik. Tarsier tergolong dalam famili

tarsier, Tarsiidae. Ia adalah genus Tarsius .

UMUM 
SETASEA

Setasea ialah anggota order mamalia laut yang

terdiri daripada paus, dolfin dan ikan lumba-lumba.

Setasea melahirkan anaknya dan ia hidup

menyusui susu ibunya. Setasea hidup sepenuhnya

dalam air dan bernafas melalui paru-paru.

Badannya yang seperti ikan mempunyai lapisan

lemak yang tebal yang dinamakan bluber yang

memanaskannya. Setasea mempunyai kaki sirip

bagi kaki depan dan tidak mempunyai sirip

belakang. Setasea hampir tidak berbulu.

UMUM 
MINK

Mink ialah mamalia kecil yang berbadan kurus

dan berkaki pendek. Beratnya dari kira-kira 0.5

kilogram hingga satu kilogram. Panjangnya

berbeza-beza dari kira-kira 50 sentimeter hingga 65

sentimeter, tidak termasuk ekornya yang berbulu

lebar. Mink liar berbulu perang. Tetapi mink yang

diternak telah dibiakkan bakanya untuk mempunyai

bulu berwarna hitam, biru, kelabu-perak, dan

putih. Kulit bulu mink musim sejuk telah lama

diperlukan oleh industri bulu, yang

menggunakannya untuk membuat cape, kot, stole,

dan pakaian lain.

UMUM 
ARNAB

Arnab ialah haiwan kecil yang berbulu lembut,

bertelinga panjang dan mempunyai ekor pendek

yang gebu. Arnab tidak berjalan atau berlari

seperti haiwan berkaki empat yang lain. Arnab

bergerak dengan meloncat-loncat menggunakan

kaki belakang yang panjang dan lebih kuat

daripada kaki hadapan. Arnab juga menggunakan

kaki hadapan apabila bergerak. Haiwan ini

mengimbangi diri pada kaki hadapannya seperti

manusia mengimbangkan tangan apabila bermain

lompat katak. Apabila dikejar musuh, arnab boleh

meloncat sehingga 30 kilometer sejam. Ramai

kanak-kanak memelihara arnab sebagai haiwan

kesayangan dan banyak kedai menjual arnab jinak

yang dipelihara untuk dijadikan haiwan

kesayangan.

UMUM 
POSUM

Posum ialah mamalia berbulu yang hidup di atas

pokok di Australia, New Guinea dan pulau-pulau

yang berhampiran. Posum adalah marsupial , iaitu

haiwan betina melahirkan anak yang benar-benar

tidak matang, yang melengkapkan pembesarannya

semasa melekap pada puting ibunya. Seperti

kebanyakan marsupial, anak posum membesar

semasa dikendong ke sana sini dalam kantung

pada abdomen ibunya. Posum dan oposum adalah

marsupial, tetapi ia tidak berkaitan rapat. Posum

berserta cuscus membentuk sekumpulan mamalia

yang dikenali sebagai phalanger (lihat Cuscus ).

UMUM 
OPOSUM

Oposum ialah mana-mana anggota famili

mamalia berbulu yang hidup di Hemisfera Barat.

Oposum betina membawa anaknya dalam

kantung pada abdomennya. Oposum, kanggaru,

dan mamalia-mamalia lain yang melahirkan anak

yang benar-benar tidak terbina dinamakan

marsupial. Oposum adalah satu-satunya

marsupial yang berasal dari Amerika Utara. Ia

hidup dari Ontario di Kanada ke arah selatan

hingga ke Amerika Selatan.

UMUM 
KELAWAR

Kelawar adalah satu-satunya mamalia yang boleh

terbang. Badan kelawar berbulu dan sayapnya

dilitupi kulit yang licin, dan fleksibel. Kebanyakan

spesies kelawar hidup di gua, bangunan, atau

tempat lain yang terlindung. Sesetengah spesies

hidup di atas pokok. Kelawar tidak banyak di

banyak kawasan kerana ia bertenggek di tempat

gelap dan keluar hanya pada waktu malam apabila

kebanyakan orang tidur. Kelawar tergantung kepala

ke bawah apabila ia berehat.

UMUM 
ORANG UTAN

Orang utan ialah beruk besar, berbulu kasar

kemerah-merahan yang tinggal di hutan hujan tropika

di Sumatera dan Borneo. Orang utan adalah mamalia

penghuni pokok yang terbesar. Orang utan tingginya

90 hingga 150 sentimeter. Yang jantan mungkin

beratnya dari 70 hingga 90 kilogram. Sesetengah

orang utan jantan mempunyai lengan sepanjang kira-

kira 2 meter. Yang betina saiznya kira-kira setengah

saiz yang jantan. Orang utan jantan yang matang

mempunyai pad pipi yang lebar yang terjojol dari sisi

mukanya dan mempunyai kantung kerongkong yang

besar. Yang betina tidak mempunyai pad pipi dan

hanya mempunyai kantung kerongkong yang kecil.

UMUM 
SERA

Sera adalah mana-mana satu daripada famili besar

lalat kecil. Sera kelihatan seperti nyamuk halus,

tetapi sera sebenarnya tidak menggigit. Terdapat

kira-kira 2000 spesies sera. Sera mempunyai badan

yang kurus, dan kaki yang panjang kurus. Sera

jantan dewasa mempunyai sesungut yang berbulu.

Serangga ini sering keluar banyak-banyak pada

waktu senja.

UMUM 
12

Kembali ke atas