SUTUR | Sutur merupakan garisan yang terbentuk dalam pencantuman tulang yang tidak bergerak seperti di tengkorak. Ia juga penutupan menerusi jahitan, ke atas hirisan luka dalam pembedahan. Bahan yang digunakan untuk menjahit luka juga dikenali sebagai sutur. Bahan sutur ini dibuat daripada catgut, sutera halus, linen, dawai dan nilon. Lihat juga Ligatur. | UMUM | |
ENZIM TERSEKAT GERAK | Enzim yang ditempatkan di atas permukaan atau dalam matriks yang tidak bergerak untuk membolehkannya digunakan berulang kali dalam proses selanjar | KEJURUTERAAN | Konsep |
KARILON | Karilon ialah seperanggu 23 buah atau lebih loceng tidak bergerak yang disusun untuk memainkan muzik. Loceng ini berbeza-beza saiznya, iaitu berdiameter antara sembilan sentimeter dan berat 3.2 kilogram hingga berdiameter 31 meter dan berat 18 tan metrik. | UMUM | |
SPAN | Span ialah haiwan yang hidup di dasar lautan dan lain-lain kumpulan air. Span tidak mempunyai kepala, lengan, atau organ dalaman. Ia hidup melekap pada batu-batan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain objek di bawah permukaan air. Span dewasa tidak bergerak dari satu tempat ke tempat lain, dan banyak span kelihatan seperti tumbuh-tumbuhan. Oleh sebab ini manusia dahulunya menganggap span sebagai tumbuh-tumbuhan. Tetapi kini, ahli sains mengelaskan span sejenis haiwan. Seperti kebanyakan haiwan, span memakan makanan. Span tidak dapat membuat makanannya sendiri, sebagaimana tumbuh-tumbuhan. | UMUM | |
MOTMOT | Motmot ialah nama famili burung yang berkaitan dengan burung pekaka. Motmot hidup di Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Pada kebanyakan motmot, bulu di pelepah ekornya mudah tanggal dan hujung ekornya kelihatan seperti dua raket tenis. Burung ini menggoyangkan ekornya ke kiri dan ke kanan apabila ia bertenggek, mungkin kerana pemangsa mungkin menerkam ekor yang bergerak, bukan burung yang tidak bergerak. | UMUM | |
ATOMISME | Atomisme ialah pandangan falsafah yang berkembang di Greece pada tahun 400-an S.M. Atomis percaya bahawa unsur asas realiti ialah atom – zarah jirim yang tidak boleh dibahagikan, tidak boleh dimusnahkan, yang bergerak dalam ruang. Mereka menyangka bahawa atom mempunyai pergerakan asal, tetapi juga berlanggar dan melantun. Akibat pergerakan ini, dunia terbentuk, wujud untuk beberapa lama, dan kemudiannya lenyap. Dunia ini dan objek fizikal yang wujud di atasnya berbeza hanya dari segi saiz, bentuk, dan kedudukan atomnya. | UMUM | |
ARNAB | Arnab ialah haiwan kecil yang berbulu lembut, bertelinga panjang dan mempunyai ekor pendek yang gebu. Arnab tidak berjalan atau berlari seperti haiwan berkaki empat yang lain. Arnab bergerak dengan meloncat-loncat menggunakan kaki belakang yang panjang dan lebih kuat daripada kaki hadapan. Arnab juga menggunakan kaki hadapan apabila bergerak. Haiwan ini mengimbangi diri pada kaki hadapannya seperti manusia mengimbangkan tangan apabila bermain lompat katak. Apabila dikejar musuh, arnab boleh meloncat sehingga 30 kilometer sejam. Ramai kanak-kanak memelihara arnab sebagai haiwan kesayangan dan banyak kedai menjual arnab jinak yang dipelihara untuk dijadikan haiwan kesayangan. | UMUM | |
TACHYON | Tachyon ialah zarah asas hipotetikal. Zarah asas ialah zarah subatom, yang tidak mempunyai bahagian kecil yang diketahui. Sekiranya tachyon wujud secara semula jadi, ia tidak pernah diam tetapi sentiasa bergerak pada kelajuan yang lebih tinggi daripada kelajuan cahaya. | UMUM | |
ANGIN | Angin ialah udara yang bergerak merentas permukaan bumi. Angin mungkin bertiup dengan begitu perlahan dan lembut sehingga tidak terasa tiupannya, atau mungkin bertiup dengan begitu kuat dan kencang sehingga merobohkan bangunan dan menumbangkan pokok besar. | UMUM | |
NEUTRINO | Neutrino adalah mana-mana satu daripada beberapa jenis zarah subatom yang tidak mempunyai cas elektrik atau jisim yang boleh diukur. Neutrino bergerak pada atau hampir dengan kelajuan cahaya. Ia dihasilkan apabila nukleus atom atau zarah subatom yang tidak stabil berkecai. Neutrino tergolong dalam famili zarah lepton , yang termasuk elektron dan dua jenis zarah yang lebih berat, yang dikenali sebagai muon dan tau (lihat Lepton ). | UMUM | |